Kenyataan 6hb Jun daripada PBK

打印
分类:转载

 Image result for 肯雅兰全民党 Image result for 肯雅兰全民党

 Tan Sri Datuk Adenan Satem  nenyatakan kerajaan Negeri Sarawak dalam lima tahun akan datang ini akan mengkaji semula untuk menuntut balik Hak Autoriti Negeri Sarawak di sisi Perlembagaan Persekutuan, “perjanjian Malaysia 1963”, laporan dan cadangan daripada Jawatankuasa Kerajaan Negeru Sarawak.  Parti Bumi Kenyalang memang menghargai dan menyokong promise Ketua Menteri Negeri Sarawak yang bermaksud untuk mempertahankan kepentingan dan hak-hak Negeri Sarawak.

 

4564515345

 

 

 

Kenyataan 6hb Jun daripada Parti Bumi Kenyalang

 

          Sejak dua tahun dulu Tan Sri Datuk Adenan Satem memegang Jawatan Ketua Menteri Sarawak, beliau menggunakan tahnik politik dengan menjunjung tinggi cogan kata “Sarawak For Sarawakians”yang bermaksud untuk menuntut autoriti Negeri Sarawak daripada Kerajaan Perseketuan Malaysia. Dan pada masa ini projek-projek yang menguntungkan  rakyat juga dijalankan.  Perbuatan ini telah menyebabkan pasukan BN Negeri Sarawak yang di bawah pinpinan Tan Sri Datuk Adenan Satem mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya dewan undangan Negeri Sarawak ke-11 yang lepas ini. 

 

          Selepas pilihan raya dewan undangan Negeri Sarawak, beliau nenyatakan kerajaan Negeri Sarawak dalam lima tahun akan datang ini akan mengkaji semula untuk menuntut balik Hak Autoriti Negeri Sarawak di sisi Perlembagaan Persekutuan, “perjanjian Malaysia 1963”, laporan dan cadangan daripada Jawatankuasa Kerajaan Negeru Sarawak.

 

          Parti Bumi Kenyalang memang menghargai dan menyokong promise Ketua Menteri Negeri Sarawak yang bermaksud untuk mempertahankan kepentingan dan hak-hak Negeri Sarawak.

 

          Namun sungguh menghairankan! Usul membabit perkara menggesa Kerajan Persekutuan BN menurunkan kuasa tersebut kepada Kerajan Negeri Sarawak yang dibentangkan oleh parti pembangkang telah dibatalkan oleh Ketua Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 6hb September dalam persidangan dewan undangan Negeri Sarawak. Parti Bumi Kenyalang menganggap perbatalan usul ini tidak cukup alasan dan disangkal bersikap angkuh. Kerana beliau merendahkan pengetahuan ketua menteri Sarawak dan berniat ingkar kata-kata ketua menteri Sarawak yang menjunjung tinggi cogan kata “Sarawak For Sarawakians”.

 

          Ketua pembangkang DAP Encik Chong Jien Jen membuat pengumuman kepada para wartawan di koridor dewan undangan Negeru Sarawak, beliau menerangkan bahawa usulnya yang membabit hak autoriti Negeri Sarawak merangkuni topik 4 iaitu cukai, polis, pelajaran dan pendidikan, kesihatan dan perubatan. Usul ini cuma menyeru dan menggesa Kerajaan Negeri Sarawak menuntut kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia menurunkan Hak Autoriti kepada Kerajaan Negeru Sarawak. Akan tetapi malangnya terbantut oleh ketua dewan undangan Negeru Sarawak dengan membatalkan usul ini. Alasannya Kerajaan BN tidak cukup 2/3 kerusi dalam dewan parlimen untuk meluluskan pindaan undangan-undangan persekutuan supaya turunkan Hak Autoriti kepada Negeri Sarawak.

 

          Parti Bumi Kenyalang menganggap sementara ini tidak perlu tergopoh-gopoh nak pindakan Perlembagaan Persekutuan, bolehlah meluluskkan usul ini di dewan undangan Negeri Sarawak dulu kemudian baru membentangkan usul ini di parlimen. Dewan Parlimen perlu mengkaji semula mana bahagian yang membabit Hak Autoriti Negeri Sarawak telah dipindakan tanpa keizinan Rakyat Sarawak, kemudian membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan balik kepada asalnya seperti termaktub dalam (MA63).

 

          Tahun lepas 8hb disember 2015 sidang dewan undangan negeri Sarawak termasuk ahli dewan undangan dari parti pembangkang sebulat suara meluluskan usul mengkaji semula terhadap Perlembagan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pendirian Parti Bumi Kenyalang tetap menyokong dan berpendapat bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak buakn saja terhad pada peringkat ini. Ia berwajip mengambil tindakan selanjutnya iaitu menubuhkan suatu jawatan kuasa khas yang bukan terhad pada pihak Kerajaan BN Negeri Sarawak saja, ahlinya perlu merangkumi ahli-ahli kepakaran dari pelbagai bidang, parti pembangkang, persatuan masyarakat umum, dan pertubuhan bukan kerajaan. Untuk menjayakan projek yang besar ini Kerajaan Negeri Sarawak harus mengambil tindakan segera menggesa Kerajaan Persekutuan dengan secepat mungkin melaksanakan promise mereka menyerah balik segala Hak Autoriti Negeri Sarawak.

 

          Parti Bumi Kenyalang menganggap “Sarawak for Sarawakians”. Segala Hak Autoriti dipunyai Sarawak mestilah terpulang kepada Sarawakians. Dan berharap Pihak autoriti jangan berubah sikap mereka mesti berjuang seterusnya sehingga mengabulkan perjuangan kita.

 

          Sekian dan terima kasih.   

Thursday the 27th. . Joomla 3.0 templates. All rights reserved.