Rakyat Sarawak Menyeru Dan Menggesa Dewan Undangan Negeri Sarawak Membantah Dan Mansuhkan Tiga Akta Yang Telah Terkikis Hak-hak Sarawak

打印
分类:犀乡论坛

 Image result for 肯雅兰全民党  Image result for 肯雅兰全民党

PBK:Kerana tiga akta ini diluluskan dlm. Parlimen tanpa diketahui dan dikenankan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak, ia disyaki berlawan dengan Perlembagaan Persekutuan Bahagian 1(4) ---Undang-undang Utama Persekutuan (3)(a)&(3)(b). Dan juga bertentangan dengan kebenaran MA1963. Ketiga-tiga akta ini telah berubah sempadan Sarawak, menurunkan status dan maruah Sarawak. Ini telah serius merosakkan dan mengikiskan hak-hak Sarawak yang dibubuhkan oleh undang-undang Malaysia

 

 Image result for 肯雅兰全民党

Image result for 肯雅兰全民党

 

 


Rakyat Sarawak Menyeru Dan
Menggesa Dewan Undangan Negeri Sarawak Membantah Dan Mansuhkan Tiga Akta Yang Telah
Terkikis Hak-hak Sarawak

(Penyataan Drpd. Pengerusi Parti Bumi Kenyalang Sarawak)

 

 

Mesyuarat pertama tahap ketiga 2018 Dewan
Undangan Negeri Sarawak yang diadakan dari 9hb Julai hingga 18hb Julai. Dlm. agenda
mesyuarat sungguh menarik hati adalah Rang Undang-undang Pindaan Melombung
Petroleum 2018 akan dibentang, dibahas dan akan dibaca dan diluluskan pada 10hb
Julai 2018. Sebelum kita berpeluang membaca dengan terperinci tentang Rang Undang-undang
Pindaan Melombong Petroleum 2018 kita berharap rang pindaan ini boleh menjadi
satu benteng yang kuat dan kukuh untuk mencegah hak-hak Sarawak
tidak terkikis oleh mana-mana pihak lagi.

 

Rakyat Sarawak berharap
dlm. 8 hari mesyuarat ini semua Yang Berhormat akan mengkaji dan berbincang
dengan bersungguh-sungguh tentang 4 Rang Undang-undang dan 380 soalan, kemudian
membuat strategi yang berkesan. 4 Rang Undang-undang ini iaitu Rang Undang-undang
Pindaan Melombong Petroleum 2018, Rang Undang-undang 2018 pembekalan Tambahan(2017),
Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan 2018, Rang Undang-undang pindaan Kanun
Tanah Sarawak 2018. Selain drpd. itu mengusulkan usul-usul: Usul Rang
Undang-undang Pindaan Kanun Tanah Sarawak, automatik membaharui Surat-Pala dengan
percuma, berhentikan permit menjaga dan memelihara jalan raya dikeluarkan terhad
kepada satu syarikat sahaja. Membatalkan hak monopoli semen yang kepada Syarikat
Cahaya Matahari Sarawak (CMS), dan memperuntukkan peruntukan yang sama kepada
semua ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak.

 

Rakyat Sarawak dan
Parti Bumi Kenyalang Sarawak menyeru dan menggesa tengah mesyuarat di Dewan
Undangan Negeri Sarawak mengusulkan usul membantah dan mansuhkan tiga Akta yang
disyaki terkikis hak-hak Sarawak iaitu Perlembagaan Persekutuan Bahagian 1(2)
Akta pindaan A354(2), Undang-undang Malaysia Akta 144 Akta Kemajuan Petroleum 1974
dan Undang-undang Malaysia Akta 750 Akta Laut Wilayah 2012.

 

Kerana tiga akta
ini diluluskan dlm. Parlimen tanpa diketahui dan dikenankan oleh Dewan Undangan
Negeri Sarawak, ia disyaki berlawan dengan Perlembagaan Persekutuan Bahagian
1(4) ---Undang-undang Utama Persekutuan (3)(a)&(3)(b). Dan juga bertentangan
dengan kebenaran MA1963. Ketiga-tiga akta ini telah berubah sempadan Sarawak,
menurunkan status dan maruah Sarawak. Ini
telah serius merosakkan dan mengikiskan hak-hak Sarawak yang dibubuhkan oleh
undang-undang Malaysia
dan yang dipercayai tidak boleh dipandang kecil oleh YB-YB dlm. mesyuarat Dewan
undangan Negeri Sarawak.

 

Para Yang
Berhormat tengah dlm. mesyuarat, kita baca berita tempatan tidak nampak usul
mansuhkan tiga akta ini dlm. agenda mesyuarat Dewan Undangan Negeri kali ini. Sungguhlah
mengecewakan! Oleh yang demikian kami tegar menyeru dan menggesa dlm.agenda
mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini dengan serta-merta menambah
agenda ini. Kita berharap ada pahlawan Yang Berhormat gagah berani mengusulkan dan
luluskan usul ini dlm. mesyuarat Dewan Undngan Negeri Sarawak demi untuk manfaat
dan kepentingan keturunan cucut-cicit kita para Yang Berhormat berusahalah dan
menyumbangkan kekuatan anda mu untuk mengembalikan hak-hak Sarawak dan autonomi
Sarawak. Para Yang Berhormat kita harus
memahami mata rakyat adalah sentiasa cerah senantisa mengawal perbuatan kamu
sekalian Yang Berhormat dlm. mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak.

 

(Penyataan Drpd. Pengerusi
Parti Bumi Kenyalang Sarawak)

Yang bertarikh 9hb
Julai 2018

 

Friday the 14th. . Joomla 3.0 templates. All rights reserved.