Jawatan Kuasa Khas Pengkajian Tentang MA63 Dlm Kabinet Sarawak Tak Sesuai dan Tak Logik Justerunya MA63 Terlibat 5 Negara Yang Menandatangani Perjanjian Ini

打印
分类:犀乡论坛

 Image result for parti bumi kenyalang

Sekarang jika pandang pada senarai nama Jawatankuasa khas ini wakil-wakil daripada Sabah dan Sarawak nampaknya kebanyakan merangkumi menteri-menteri dan pegawai-pegawai yang penting daripada kerajaan Pakatan Harapan atau orang-orang Pro Kerajaan Pakatan Harapan. Dalam pada yang genting ini sama ada mereka beranikah untuk mempertahankan kepentingan dan kebaikan Sabah dan Sarawak? Mereka beranikah biar menghadapi nasib dipecat atau dibuang kerja pun tidak menunduk kepala kepada bosnya yang di KL? 

 

Jawatan Kuasa Khas Pengkajian Tentang MA63 Dalam Kabinet Sarawak Tak Sesuai dan Tak Logik Justerunya MA63 Terlibat 5 Negara Yang Menandatangani Perjanjian Ini

(Penyataan Daripada Parti Bumi Kenyalang Sarawak)

 

Pengerusi partinya En. Yii menytakan bahawa MA63 ditandatangani oleh 5 buah Negara termasuk United Kingdom of Great Britian and Northern Ireland, Persekutuan Tanah Malaya, Singapura, North Borneo (Sabah), dan Sarawak. MA63 bermaksud untuk bergabungkan keempat-empat Negara ini iaitu Persekutuan Tanah Malaya, North Borneo(Sabah), Sarawak, dan Singapura menjadi sebuah Negara baru yang bernama Federation of Malaysia (Persekutuan Malaysia). United Kingdom of Great Britian and Northern Ireland sebagai Pihak Saksi. Persekutuan Malaysia telah berjaya ditubuhkan pada tahun 1963 dan Surat Perjanjian Malaysia (MA63) dikemukakan kepada Bangsa-Bangsa Bersatu sebuah pertubuhan antarabangsa pada tahun 1970 dengan bermaksud untuk dimaktub (endorsed) merupakan suatu dokumen yang rasmi di Bangsa-Bangsa Bersatu.
Berpandukan keterangan tersebut di atas, MA63 berciri-ciri penting seperti di bawah:-

1.Surat Perjanjian Malaysia 1963(MA63) adalah satu perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh 5 buah Negara.

2.Penanda-tanganan Perjanjian Malaysia(MA63)yang rasmi disaksi depan wakil United Kingdom of Great Britian and Northern Ireland.

3.Perjanjian Malaysia (MA63) perjanjian antarabangsa ini telah dikemukakan kepada pertubuhan antarabanngsa Bangsa-Bangsa Bersatu dan telah memperolehi kebenaran, termaktub merupakan suatu dokumen rasmi di Bangsa-Bangsa Bersatu.

En. Yii menyatakan bahawa jika menurut cirri-ciri keistimewaan perjanjian ini Jawatan Kuasa Khas Pengkajian Tentang MA63 Dalam Kabinet Sarawak ini Membernya sepatutnya perlu merangkumi 5 buah Negara yang menanda-tangani perjanjian ini, mana satu pun tidak dibenarkan ditinggalkan dan bilangan wakil daripada 5 buah Negara ini masing-masing berjumlah sama bilangan supaya menjadikan Jawatankuasa khas pengkajian MA63 walau pun Negara singapura telah keluar daripada MA63 kerana Negara Singapura adalah salah satu Pihak yang menandatangani MA63. Mesti ada wakil daripada United Kingdom of Great Britian and Northern Ireland dalam Jawatankuasa khas ini supaya menepati Jawatankuasa khas ini adalah sebuah jawatankuasa ditubuhkan di sisi undang-undang yang berkeadilan dan boleh diamanah.

Sekarang jika pandang pada senarai nama Jawatankuasa khas ini wakil-wakil daripada Sabah (North Borneo) dan Sarawak nampaknya kebanyakan merangkumi menteri-menteri dan pegawai-pegawai yang penting daripada kerajaan Pakatan Harapan atau orang-orang Pro Kerajaan Pakatan Harapan. Dalam pada yang genting ini sama ada mereka beranikah untuk mempertahankan kepentingan dan kebaikan Sabah dan Sarawak? Mereka beranikah biar menghadapi nasib dipecat atau dibuang kerja pun tidak menunduk kepala kepada bosnya yang di KL? Memang ini adalah suatu soalan juga! Bagi wakil daripada Persekutuan Tanah Malaya ada berapa orang pandai memihak kepada kepentingan dan kebaikan orang-orang Sabah dan Sarawak bolehlah dipercayai sungguh jarang!

Oleh itu Jawatankuasa khas ini ditubuhkan perlu bergaris-pandu pada kerajaan daripada tiga buah kerajaan iaitu kerajaan persekutuan Tanah Malaya, kerajaan Sabah dan kerajaan Sarawak yang masing-masing berbilangan wakilnya yang sama. Bagi rombongan Sarawak membernya semestinya merangkumi Parti tempatan yang memegang kerajaan Sarawak, Parti pembangkang tempatan, Persatuan Peguam Sarawak, ahli pakar dan ahli daripada NGO. Parti-parti bukan tempatan yang datang daripada Prsekutuan Tanah Malaya tidak dibenarkan mewakili Sabah dan Sarawak. Ini kerana kepentingan konflik sudah maklumlah!

En. Yii menganggap bahawa MA63 adalah perjanjian antarabangsa barang mana satu Negara atau Pihak yang menandatangani perjanjian ini tidak berhak meminda atau mansuhkan perjanjian ini walau pun mana-mana bahagian. Sekiranya barang apa perbuatan meminda atau memansuh perjanjian ini adalah perbuatan bersetentangan dengan undang-undang. Bang-Bangsa Bersatu berhak mengambil tindakan terhadap mana-mana satu pihak yang tidak mematuhi perjanjian ini dengan dihukum kesalahan memecah perjanjian ini atau kesalahan sengaja bermaksud membubarkan perjanjian ini. Parlimen Persekutuan Malaysia tidak berhak meminda mana-mana butir dalam MA63 dan dari dahulu selama 50 tahun sebarang apa perbuatan meminda atau memansuh adalah perbuatan bersetentangan dengan undang-undang. Oleh itu sangat dihasrati oleh Rakyat jelata Sabah dan Sarawak adalah kembalikan asalnya status yang sama serata dan isi kandungan MA63 yang asalnya. Rakyat jelata Sabah dan Sarawak menafikan pengkajian tentang apa pinda, mansuh atau tambah kurang. Jawatankuasa Khas Pengkajian Tentang MA63 Dalam Kabinet Sarawak tidak berhak malah Parlimen Persekutuan Malaysia pun tidak berhak membatal atau mengurangkan apa kuasa dan kepentingan kita orang Sabah dan Sarawak. Jawatan kuasa khas ini hanya kembalikan asalnya MA63, dan mengikut asalnya Perjanjian MA63 melaksanakan apa-apa pengkajian sudah cukuplah.

Sekiranya betul-betul nak kembalikan asalnya MA63 bolehlah Pihak Kerajaan Sarawak satu demi satu mengumumkan mana-mana bahagian Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang bersetentangan dengan MA63 itu tidak bermujarab. Kalau bukan begitu Jawatan kuasa khas ini cuma buang masa sahaja, menangguh agenda menuntut kembali hak-hak autonomi mara ke depan, bukan nak menyelesaikan masalah melainkan ada kemungkinan membuat masalah baru.

En. Yii selanjutnya menyatakan bahawa sekiranya kelima-lima buah Negara yang menanda-tangani Perjanjian MA63 itu telah menyertai Jawatan Kuasa Khas Pengkajian MA63 ini dan mengambil keputusan akan membuat pindaan, mansuhkan, atau tambah kurang terhadap mana-mana bahagian dalam MA63. Ia pun mesti dipersetujui oleh rakyat jelata Sabah dan Sarawak melalui secara referendum untuk memutuskan sama ada bersetuju atau tidak. Nasib rakyat jelata Sabah dan Sarawak bukan ditentukan oleh beberapa orang member Jawatan kuasa khas ini. Parti kita menegaskan bahawa sebarang pindaan, mansuhkan atau tambah kurang mesti dijalankan dengan secara telus, bersih dan adil. Sekiranya Jawatan Kuasa Khas Pengkajian MA63 dalam Kabinet Sarawak dan Parlimen Persekutuan Malaysia telah meluluskan dengan secara keras, nanum rakyat jelata Sabah dan Sarawak akan tidak mengakuinya. Walau pun sekarang belum ada Akta Referendum di Negara kita.
Akhirnya En. Yii menegaskan bahawa perkara Pengkajian semula MA63 terlibat luas tentang undang-undang baik dalam Negara atau di antarabangsa. Oleh itu beliau menyeru para peguam, atau Persatuan peguam di Sabah atau di Sarawak boleh mengambil berat tentang perkara ini. Partinya Parti Bumi Kenyalang Sarawak sangat perlu dan welcome arif-arif menunjukkan kepincangan Partinya supaya partinya bersama-sama dengan pihak lain berjuang untuk menuntut kembalikan hak-hak autonomi Sabah dan Sarawak.
Sekian dan terima kasih.

Yang benar,

Yii Chin Liik
Pengerusi Parti Bumi Kenyalang Sarawak
(yang bertarikh 16hb Oktober 2018)

Saturday the 17th. . Joomla 3.0 templates. All rights reserved.