PBK: Cukup Alasan Meluluskan Dan Berkuatkuasa Usul Undi Umum Dlm. Mesyuarat Dewan Undangan Sarawak

打印
分类:犀乡论坛

Hasil carian imej untuk parti bumi kenyalang (pbk) Hasil carian imej untuk parti bumi kenyalang (pbk)

Dengan simpulan katanya Sarawakians berhak memohon mesyuarat di Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan datang boleh berbincang dan meluluskan “usul undi umum” yang dicadangkan oleh Parti Keadilan YB Batu Lintang En. See. Supaya pada masa akan datang boleh digunakan cara yang paling demokratik untuk memutuskan nasib Negeri Sarawak kita. 

 

Hasil carian imej untuk parti bumi kenyalang (pbk)

Hasil carian imej untuk parti bumi kenyalang (pbk)

 

 

Cukup Alasan Meluluskan Dan Berkuatkuasa Usul Undi Umum Dlm. Mesyuarat Dewan Undangan Sarawak

(Kenyataan Daripada Setiausaha Parti Bumi Kenyalang Sarawak)

Dewan undangan negeri Sarawak akan bermesyuarat pada 11hb hingga 22hb bulan ini masyarakat umum berharap Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan membawa berita baik ketika membuat golongan pada mesyuarat dewan undangan negeri Sarawak. Akan tetapi masyarakat lebih menarik perhatian tentang usul undi umum yang dicadangkan oleh yang berhormat Batu Lintang En. See Chee How boleh diluluskan dan berkuatkuasa dengan segera.

Inilah suatu usul yang sangat baik demi kepentingan dan kebaikan keturunan kita yang ahan datang yang diusulkan oleh parti pembangkang YB Batu Lintang En. See. Usul ini juga sebagai satu ujian utk. menguji sama ada semua YB boleh atau tidak tak kira yang datang dari mana-mana parti boleh bersatu-padu utk. menyokong usul ini dan berbulat suara meluluskan usul ini. Kerana masyarakat umum akan tidak berasa senang hati jika nampak ada YB sengaja tidak ingin memihak kepada masyarakat umum dengan berbagai-bagai alasan utk. menolak usul ini yang merupakan satu usul yang bermaksud boleh dengan cara ini menuntut balik hak kita hak penentuan diri-sendiri (decision-making power).

Masyarakat umum dan Sarawakians memang menggesa para YB berbulat-suara utk. bertindakkan supaya meluluskan dan berkuat-kuasa dengan secepat mungkin akan usul ini yang mewakili suara rakyat Sarawak. Dan alasan bagi masyarakat umum dan orang Sarawak berbuat demikian adalah kerana dlm. 54 tahun ini empat dokumen yang utama dan penting ini semasa masuk Malaysia telah banyak dipinda dan diputar-belitkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Memang ada dokumen legal dan fakta sejarah boleh dibuktikan ianya tepat dan benar. Upamanya

Dokumen repot Cobbod yang dibuat pada 21hb Jun 1962 yang bernas bahawa:

(1)   2/3 daripada Sarawakians bersetujui masuk Malaysia dengan syarat pelindungan khas;

(2)   Penubuhan Malaysia bergaris panduan “prinsip teman sama serata dengan wilayah Persekutuan Tanah Malaya dan wilayah Sabah bukan wilayah dijajah”.

  Jika anda seorang pengadil yang benar dan jujur setelah membuat pemeriksaan akan mendapati selepas 54 tahun banyak butir-butir yang diguna utk. melindung negeri Sarawak kita telah diubah dan menyeleweng dari asalnya maka anda akan menyaksikan lagi kenyataan seperti di bawah:-

 (1) Status legal Sarawak dlm. konsep Malaysia

   Tahun 1976 pindaan perlembagaan persekutuan perkara 1 (2) telah menurunkan Status wilayah Sarawak dari asal status empat unit wilayah (Singapura, Persekutuan Tanah Malaya,  Sabah dan Sarawak) berstatus sama serata kepada status salah sebuah negeri daripada 13 buah negeri dalam konsep Malaysia.

Perhatian: Ini bercekcok dengan MA1963 Perkara (1) dan Repot IGC Perkara 10, Kerajaan Negeri Sarawak bertanggung-jawap utk. menggesa Kerajaan Persekutuan Malaysia membuat pindaan kepada pindaan 1976 perlembagaan persekutuan perkara 1(2) yang telah menyeleweng dari asalnya. Supaya kembalikan hak Sarawak kepada Sarawakians.

 (2) Lingkungan kuasa maritim di Sarawak

   Sebelum Malaysia kuasa maritim di wilayah Sarawak mulai daripada pelantar benua laut (continental shelf) memanjang ke linkungan 200 nautika (rujukan Akta pindaan 1954 persempadanan Sarawak dan 1958 Kanun Tanah Sarawak). Lingkungan 12 nautika disetujui oleh Persekutuan Tanah Malaya semasa penubuhan Persekutuan Tanah Malaya, ini terpulang kepada negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu tidak berkaitan dengan wilayah Sarawak semasa penubuhan Malaysia. Menurut Perkara (1)(3) Perlembagaan Persekutuan sempadan laut Sarawak sepanjang masa mengikut konsep lingkungan pelantar benua memanjang ke 200 nautika tidak boleh dikacau. Akan tetapi Kerajaan Persekutuan Malaysia melalui Akta Undang-undang darurat 1969 dan Akta lingkungan laut 2012 sengaja pindakan lingkungan laut Sarawak dari pelantar benua 12 nautika disusut jadi 3 nautika.

   Perhatian: Pindaan lingkungan laut Sarawak daripada 12 nautika disusut ke 3 nautika telah ingkar semangat MA1963 Perkara 5(8) dan IGC Perkara 32 yang bermaksud Kerajaan Persekutuan Malaysia tidak berhak pindakan Akta kuasa lingkungan laut Sarawak tanpa kebenaran dan diketahui Sarawak. Akta undang-undang darurat 1969 telah dibatalkan pada tahun 2011. Ini bermaksud selepas Akta undang-undang darurat dibatalkan maka apa-apa akta berkuatkuasa melalui Akta undang-undang darurat 1969 tidak berkesan lagi. Akta lingkungan laut 2012 yang dicipta oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia tanpa kebenaran dan persetujuan Negeri Sarawak tidak boleh dipakai di Sarawak. Di sini menggesa Kerajaan Negeri Sarawak harus berbincang dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia supaya kembalikan hak lingkungan laut Sarawak 12 nautika daripada pelantar benua.

 (3) Kuasa penerokaan minyak mental petrol

   Kerajaan Persekutuan Malaysia melalui Akta 1974 Penerokaan dan Pembangunan Minyak Petrol memulangkan semua kuasa penerokaan dan pembangunan minyak petrol di wilayah Sarawak baik di darat atau di kawasan laut kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia. Tahun 1976 Kerajaan Persekutuan Malaysia melalui Memorandum di antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Sarawak bersama-sama menikmati kek ekonomi ini. Negeri Sarawak dibagi 5% cukai kos penghasilan minyak petrol.

   Perhatian: Berasaskan ulasan tersebut di atas, Sarawak berhak penerokaan dan pembangunan minyak petrol di lingkungan pelantar benua memanjang ke 12 nautika di laut Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak perlu mengambil tindakan bukan hanya tertumpu pada 5%---20% cukai kos penghasilan minyak petrol sahaja.

 (4) Kerusi Sarawak dalam Dewan Parlimen

   Pembahagian kerusi di dewan Parlimen Malaysia telah ingkar kepada semangat MA1963

3 unit wilayah sama serata statusnya ( Persekutuan Tanah Malaya, Sabah dan Sarawak). pada tahun 1963 Sarawak dibagi 15% iaitu 24 kerusi daripada jumlah 159 kerusi, sekarang dibagi 14% iaitu 31 kerusi daripada jumlah 222 kerusi. Melainkan di wilayah Semenanjung Persekutuan Tanah Malaya dibagi 65% iaitu 104 kerusi daripada jumlah 159 kerusi, sekarang ditambah ke 75% iaitu 166 kerusi daripada jumlah 222 kerusi. 166 kerusi ini telah memiliki 2/3 kerusi daripada jumlah kerusi, perbuatan jenayah ini telah menunjuk Sarawak dimakan terang-terang. Jika mengikut prinsip legal perbuatan pindakan undang-undang atau batalkan undang-undang tanpa kebenaran dan diketahui oleh pihak yang berkaitan adalah perbuatan jenayah yang sangat buruk.

Perhatian:Pembahagian seperti tersebut di atas telah melanggar MA1963 Perkara 5(8)dan IGC Perkara 19(2) dan Perkara 24(4)(6) Menggesa Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak mengambil tindakan bersama berbincang dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk meningkatkan bilangan kerusi di Dewan Parlimen, sekurang-kurangnya perlu menahan kadar biliangan seperti tahun 1963 atau 35% dibagi kepada Sabah dan Sarawak masing-masing.

 (5) Perlembagaan Persekutuan memberikan perlindungan hak istimewa Sarawak

Perlembagaan Persekutuan Perkara 161E menunjukkan sebarang pindan atau batalkan Akta Melindung hak istimewa perlu kelulusan 2/3 kerusi di Dewan Parlimen dan disetujui oleh Kerajaan Sarawak.  

Perhatian: Oleh Kerana untuk mengelakkan dipengaruhi oleh Akta undang-undang darurat jadi perlu pindakan Perlembagaan Persekutuan Perkara 161E dengan menambah satu Perkara lagi kepada Perlembagaan Persekutuan 161E iaitu dengan ayat bahawa” sebarang pindaan atau membatal bahagian yang melindung hak istimewa Sarawak perlu ditetapkan melalui cara undi umum di Negeri Sarawak”.

Peguam David Teng pernah menerangkan bahawa melalui cara undi umum memberikan rakyat mempunyai kuasa yang paling besar di bawah sistem demokratik, ia berfungsi memperkuatkan sistem demokrasi berparlimen, menetapkan hitam putih masalah yang dihadap oleh Negara dan masyarakat umum. Dengan cara demokratik ini boleh menjaga tingkah-laku sesebuah kerajaan, menyelesaikan perselisehan di antara bangsa dengan bangsa, supaya sistem demokrasi lebih lengkap dan sempurna.

Dengan simpulan katanya Sarawakians berhak memohon mesyuarat di Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan datang boleh berbincang dan meluluskan “usul undi umum” yang dicadangkan oleh Parti Keadilan YB Batu Lintang En. See. Supaya pada masa akan datang boleh digunakan cara yang paling demokratik untuk memutuskan nasib Negeri Sarawak kita.

Sekian dan terima kasih.

 

Kenyataan Daripada Setiausaha Parti Bumi Kenyalang Sarawak

( yang bertarikh 11hb Mei 2017)   

Tuesday the 23rd. . Joomla 3.0 templates. All rights reserved.