PBK: Sarawak Dan Sabah Menuntut Kembali Hak Autonomi Pelancongan Membantah Kerajaan Persekutuan berkuat-kuasa Akta Cukai Pelancongan

打印
分类:犀乡论坛

Hasil carian imej untuk 肯雅兰全民党 Hasil carian imej untuk 肯雅兰全民党

Parti Bumi Kenyalang  bersetuju dan menyokong Ketua Menteri kita membuat keputusan tersebut di atas. Parti kita juga menyeru dan menggesa pihak Kerajaan Sarawak boleh mengambil berat suara daripada pihak parti bukan kerajaan BN dan pihak pertubuhan NGO selain daripada bergabung dengan kerajaan Sabah dalam urusan yang terlibat dengan hak-hak autonomi Sabah dan Sarawak kerana kita berharap boleh merupakan satu kekuatan yang paling besar dan kuat.

 

Hasil carian imej untuk 肯雅兰全民党

Hasil carian imej untuk 肯雅兰全民党

 

 

Sarawak Dan Sabah Menuntut Kembali Hak Autonomi    Pelancongan Membantah Kerajaan Persekutuan            berkuat-kuasa Akta Cukai Pelancongan

 

            (Kenyataan Daripada Parti Bumi Kenyalang Pada 4bh Aug. 2017)

 

Beberapa bulan dahulu pelancong-pelancong dan perusaha-perusaha pelancongan telah menyatakan  tidak puas hati berkenaan dengan Kerajaan BN melaksanakan Akta Cukai  pelancongan kerana kena dibayar caj tambahan lagi. Sudah maklum sebelum habis hangat-hangat GST, Parlimen Negara meluluskan lagi Rang Akta Cukai Pelancongan dan kemudian diumumkan hari bulan berkuat-kuasa akan ditangguhkan dan kenapa kini diumumkan akta ini berkuat-kuasa lagi. Perusaha-perusaha hotel dan penginapan diberitahu bahawa barang sesiapa mesti bayar caj tambahan selain daripada bayar kos sewa bilik. Barang sesiapa yang menginap di hotel atau di penginapan jika tidak mematuhi peraturan ini akan dilarang keluar dari Negara kita.

 

Selepas 30 hari Akta ini berkuat-kuasa segala perusaha-perusaha Hotel atau penginapan digesa perlu berdaftar diri kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Jika perusaha-perusaha Hotel ini tidak mematuhi peraturan-peraturan ini akan didenda tidak kurang daripada 30,000/- Ringgit Malaysia tunai atau dihukum penjara tidak melebihi satu tahun.

 

Kini perkembangan ekonomi di Semenanjung Tanah Malaya dan Sabah, Sarawak menuju ke arah lemah dan merosot, Ringgit turun dan kos barang-barangan melambung tinggi. Cuma tinggal perusahaan pelancongan nampak masih ada potentialnya  untuk memulihkan atau mempertahankan ekonomi tidak terlanjur ke arah merosot,  akan tetapi kini dikena caj tax tambahan lagi. Ini bukan cara menyelamatkan  ekonomi Negara kita melainkan macam bunuh ayam kerana telur.

 

Bulan lepas Jabatan Kastam diRaja Malaysia telah mengumumkan Akta Cukai pelancongan akan berkuat-kuasa pada 1hb Aug. 2017.   Ini bermakna pelancong-pelancong perlu membayar caj tambahan dari 2.5 ke 20  Ringgit Malaysia mengikut kadarnya. Pengumuman ini dengan serta-merta telah disambut dengan bantahan keras daripada pelancong-pelancong, perusaha-perusaha penlancongan dan umum masyarakat. Kita masih ingat perkara ini telah membangkitkan Menteri  Pelancongan, Kesenian, kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Yang Berhormat Datuk  Abdul Karim Rahman Hamzah sangat tidak puas hati dan bercanggah mulut dengan menteri budaya dan pelancongan Kerajaan Persekutuan Datuk Nazri Aziz, malahan kemudian Menteri Sarawak ini panggil balik wakil Sarawak di Lembaga pelancongan  persekutuan Malaysia.

 

Kerana pihak Sabah dan Sarawak menentang dengan keras Kerajaan Persekutuan terpaksa membuat ubah suai. Pada 26hb Julai 2017 Menteri Budaya dan Pelancongan Persekutuan Malaysia Datuk Nazri Aziz mengumumkan bahawa segala kelas hotel hanya mengerah 10 Ringgit Malaysia sebilik setiap malam dan orang Malaysia dikecualikan. Beliau juga menegaskan Kerajaan Persekutuan Malaysia  akan memulangkan 10% daripada jumlah caj di bawah Akta pelancongan ini kepada  Kerajaan Negeri masing-masing.

 

Pada 31hb Julai 2017 Ketua Menteri Sarawak Yang Berhormat Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Sarawak tidak puas hati dengan 10% kerana ini tidak sama dengan pembahagian pada asalnya. Beliau menyatakan Kerajaan Sarawak telah membuat memorandum bersama Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak akan mengutuskannya kepada Kerajaan Persekutuan dan akan berbincang lagi tentang perkara ini.

 

Kerajaan kita telah membuat berbagai-bagai jenis cukai telah menyebabkan rakyat kita sudah cukup rasa dan menanggung bebanan yang berat ini. Setiap kali Kerajaan Persekutuan boleh membuat, meminda atau ubah suai Akta berkenaan dengan tanpa keizinan daripada Kerajaan Sabah dan Sarawak kerana kepentingan Kerajaan Persekutuan diri-sendiri. Perbuatan ini sangat tidak adil dan ingkar kepada kepentingan rakyat Sarawak. Sekiranya mesti mahu berkuat-kuasa seperti Akta cukai pelancongan sepatutnya diserah kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak untuk mengurus diri-sendiri bukan seperti sekarang dengan sesuka hatinya.

 

Parti Bumi Kenyalang Sarawak bersetuju dan menyokong Ketua Menteri kita membuat keputusan tersebut di atas. Parti kita juga menyeru dan menggesa pihak Kerajaan Sarawak boleh mengambil berat suara daripada pihak parti bukan kerajaan BN dan pihak pertubuhan NGO selain daripada bergabung dengan kerajaan Sabah dalam urusan yang terlibat dengan hak-hak autonomi Sabah dan Sarawak kerana kita berharap boleh merupakan satu kekuatan yang paling besar dan kuat.

 

Tahun 1963 kita bersetujui masuk persukutuan Malaysia, tetapi setakat kini Sabah dan Sarawak telah kehilangan banyak hak-hak kita dan kita dapati kerajaan persekutuan masih terus-menerus  mengikiskan hak-hak kita.   Kita orang Sarawak haruslah insaf diri!  Bangunlah!  bersatu-padu tak kira mereka daripada apa pihak mesti berjuang bersama-sama untuk menuntut balik hak-hak kita demi kepentingan kita ini.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Kenyataan daripada Parti Bumi Kenyalang Sarawak Cawangan Lanang Sibu

(  yang bertarikh 4hb Aug. 2017  )   

Friday the 20th. . Joomla 3.0 templates. All rights reserved.