Parti Bumi Kenyalang 文告

打印
分类:犀乡之音

Image result for 肯雅兰全民党

Parti Bumi Kenyalang menyambut dan berharap segala pihak baik dari mana-mana pihak, golongan, peribadi mahu pun daripada Kerajaan atau bukan kerajaan bersatu-padulah untuk berjuang bersama-sama demi kepentingan dan kebajikan genarasi muda!  Sekian dan Terima kasih. 

 

Image result for 肯雅兰全民党

 

 

 

Menyeru memperluaskan Jawatankuasa untuk menuntut kembali hak autoriti kepada Sabah dan Sarawak dan membuat Agenda laporan Kerja

 

Mesyuarat pertama kali untuk mengembalikan hak autoriti kepada Sabah dan Sarawak telah diadakan pada 13hb Jun 2016 yang dipengerusikan oleh Menteri daripada Jabatan Perdana Menteri YAB Cik Nancy Shukri dan YAB Datuk Seri Anifah Aman dari Sabah. Disertai oleh mereka termasuk Audit Negara, wakil dari Kerajaan Persekutuan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Peguam Besar Sabah, Timbalan Peguam Besar Sarawak dan Timbalan kewangan Kerajaan Negeri Sarawak. Keputusan mesyuarat ini telah bersetuju untuk menubuhkan suatu Jawatankuasa untuk mengurus, mengkaji dan menyelidiki perkara terbibit dan mengambil ahli-ahlinya termasuk Wakil-wakil daripada kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sarawak dan Ahli Sejarah daripada Negeri Sabah dan Sarawak. Jawatankuasa ini berhak menyemak, menyelidik, dan mengkaji semula terhadap dokumen-dokumen terbabit, Inter-Governmental Committee Report dan cadangannya, MA63, Perlembagaan Persekutuan dan Cobbold Commission Report. 

Pengembalian hak autoriti kepada Negeri Sabah dan Sarawak memang adalah hasrat dan misi bersama di antara rakyat Sabah dan Sarawak. Untuk membetulkan kesilapan, kesalahan atau berniat memputar-belitkan penyelewengan ini Parti Bumi Kenyalang menegaskan dan mencadangkan bahawa:

  1. Parti Bumi Kenyalang menganggap Jawatankuasa tersebut di atas baik tetapi ada kekurangannya. Parti kami bercadang Ahli Jawatankuasa ini jangan terhad pada ahli-ahli tersebut di atas sahaja melainkan mesti juga termasuk ahli-ahli daripada NGO, Parti pembangkang dan Pertubuhan sosial umum di Negeri Sabah dan Sarawak. Kami percaya bukankah mereka bersumbangan banyak dalam sepanjang jalan perjuangan ini? Perlancaran mesyuarat atau perundingan di antara tiga Pihak ini iaitu Kerajaan Persekutuan, wakil Sabah dan wakil Sarawak perlu dalam cara telus, bersih, adil dan saksama mesti dikommited dan apa yang bersfat berdagang atau ada sesuatu jijik disembunyikan patut dielakkan. 
  2. Mesyuarat atau perundingan haruslah dijalankan berasaskan MA63, Inter-Governmental Report, Cobbold Commission Report, Repot Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bukanlah mengikuti Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang terbibit masa kini. Maklumlah bagaimana penubuhan MALAYSIA, akan tetapi setelah mengharungi selama 53 tahun Bahagian Perlembagaan Persekutuan terbabit Sabah dan Sarawak macam manakah? Bukankah dipinda, dimamsuh atau diputar-belitkan kerana kepentingan peribadi bagi sesuatu golongan saja?
  3. Parti Bumi Kenyalang di sini menyeru dan menggesa Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak boleh memperluaskan Jawatankuasa yang diketuai YAB Cik Nancy Shukri  boleh menukarkan Jawatankuasa ini kepada Jawatankuasa Khas seperti dicadangkan oleh Parti kami. Parti kami juga berharap dalam masa tersingkat ini Jawatankuasa Khas ini boleh mengadakan mesyuarat untuk membuat agenda kerja supaya menyemak, menyelidiki, dan mengkaji semula terhadap MA63, Inter-Governmental Report, Cobbold Commission Report dan Repot Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
  4. Parti Bumi Kenyalang menyambut dan berharap segala pihak baik dari mana-mana pihak, golongan, peribadi mahu pun daripada Kerajaan atau bukan kerajaan bersatu-padulah untuk berjuang bersama-sama demi kepentingan dan kebajikan genarasi muda!

Sekian dan Terima kasih.

 

   Kenyataan daripada Setiausaha Parti Bumi Kenyalang pada 4hb Jun 2016  

Wednesday the 12th. . Joomla 3.0 templates. All rights reserved.