
Nama ku Frangky Anong seorang anak Iban, dari Ulu Sungai Pak, Konawit. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Pihak majlis memberikan saya peluang untuk bercakap di sini. Oleh kerana bahasa digunakan di majlis ini terhad kepada Bahasa Tionghua sahaja, jadi saya akan berucap dengan Bahasa Tionghua.
Ucapan Penolong Setiausaha PBK Encik Frangky Anong pada Majlis Ceramah Meja Bulat yang diadakan oleh pertubuhan-pertubuhan Chinese di Sibu
Tajuk ucapan: Menggesa kerajaan menggubal Akta Mengundi Umum + Menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk mempertahankan Hak Autoriti Negeri Sarawak.
Selamat malam! Para saudara-suadari yang dihormati.
Nama ku Frangky Anong seorang anak Iban, dari Ulu Sungai Pak, Konawit.
Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Pihak majlis memberikan saya peluang untuk bercakap di sini. Oleh kerana bahasa digunakan di majlis ini terhad kepada Bahasa Tionghua sahaja, jadi saya akan berucap dengan Bahasa Tionghua.
Saya ucapkan terima kasih kepada Pihak Pertubuhan Tionghua, Pesatuan peguam, Persatuan persahabatan Kawasan Tengah Sarawak memberikan saya peluang berucap di sini. Dan saya berharap majlis meja bulat seperti ini yang memakai bahasa Iban boleh diadakan pada masa akan datang supaya lebih banyak anak-anak Iban boleh menyertai majlis ini.
Terima kasih kepada Pengerusi Peguam 黄伟杰, Penceramah utama Peguam David Teng dan lain-lain penceramah memberi ucapan seperti 叶海量、房保德、曾宪爵 、Lina Soo、刘秘秀和毛宣景。Sesungguhnya ucapan mereka macam Cikgu saya memberikan banyak ajaran dan menyedari dan insafkan saya pada fikiran saya. Saya akan berguru kepada mereka.
Point Utama dalam perjuangan menuntut balik hak autoriti
Saya bersetujui ulasan dan cakapan penceramah-penceramah tadi. Saya menganggap bahawa dalam semakkan dan menyelidiki atau mengkaji sejarah tentang Sarawak dalam Malaysia selepas 53 tahun, kita mendapati Akta-Akta yang mempertahankan dan memelihara hak Sarawak kita ini telah dipinda. Oleh itu saya ingin bangkitkan point utama dalam perkara penting ini.
- Sarawak telah diturunkan kedudukannya dari empat kawasan yang sama serata kepada kedudukan sebagai salah satu Negeri sahaja dari 13 Negeri pada tahun 1976;
- Dalam tempuh masa 10 tahun percubaan, Sarawak bersetujui bahasa Inggeris diganti dengan bahasa melayu sebagai Bahasa penghantaran dalam persekolahan dan bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran di pejabat kerajaan negeri Sarawak;
- Sebelum merdeka tahun 1963, kuasa Sarawak bagi menjaga dan explorasi ruangan udara dan dasar laut adalah terhad dalam linkungan 12 Nautical mile, bila masanya telah disusut menjadikan dalam linkungan 3 Nautical mile sahaja;
- Sarawak hanya mendapat 5% cukai dalam jumlah nilai gas dan produk petroleum;
- 15% dari jumlah kerusi dalam Parlimen dibahagi kepada Negeri Sarawak pada tahun 1963 , kini menjadikan 14%. Namun macam mana di Semenanjung Tanah Melayu telah meningkat dari 65% kepada 75%, Ini membuktikan ia telah melebihi 2/3 kerusi di Semenanjung Tanah Melayu sahaja dalam Dewan Parlimen. Jadi masalah berlaku di sini, bukankah dirasai senang sahaja kalau mereka mahu pinda mana-mana undang-undang atau mansuhkan mana-mana akta-akta asalkan tidak membawa kebaikan atau keuntungan kepada mereka, khasnya Akta-Akta boleh mempertahankan kepentingan Negeri Sarawak. Inilah dipandang suatu hal serius!
Bersetujui menggubal Akta Mengundi Umum
Maklumlah kita. Kesemua tersebut di atas ini berlaku dalm tempuh 53 tahun di bawah naugan
System berparlimen. Pantaukan perkara tersebut di atas, jika rakyat Sarawak betul-betul ingin menuntut balik hak Autoriti Sarawak saya fikir langsung tidak boleh harap bergantung pada system berparlimen masa kini kerana ia sudah lapuk! Perlu diperbaharui! Kita mahu rakyat kita berhak bersuara untuk menyampaikan kemahuan kita dan memutuskan nasib kita sendiri dengan Mengundi Umum! Parti Bumi Kenyalang kita bercadang Kerajaan Persekutuan pindakan Bahagian 21A Perkara 161 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Dengan menambah “perkara cara mengundi umum”. Ini baru dapat mempertahankan Perjanjian Malaysia 1963 tidak dikacau dan dengan akta ini kedudukan keistimewaan Sarawak boleh dijamin.
Kita bersetujui cakapan peguam Encik David Teng bahawa rakyat Sarawak perlu suatu perlindungan baru iaitu dengan pindakan Perkara 161E dalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Ayat perkara 161E perlu ditambah dengan perkataan “ sebarang terbabit atau mahu” pindakan atau mansuhkan perkara pemeliharaan kedudukan dari segi perlembagaan Negeri Sabah dan Sarawak adalah perlu Melalui Cara Mengundi Umum di Negeri Sarawak. Sebenarnya “ Cara Mengundi Umum” ialah suatu cara demokrasi dengan memberikan kuasa kepada pengundi untuk memutuskan hitam putih terhadap perkara-perkara penting seperti yang terbabit masalah Negara dan masyarakat umum. Cara ini boleh menampung kekurangan atau kepincangan pada system berparlimen yang terlaksana di Negara kita masa sekarang.
Menterjemahkan dokumen-dokumen terbabit penubuhan Malaysia dan menyampaikannya kepada masyarakat umum.
Untuk lebih banyak rakyat jelata di Negeri Sarawak memahami dokumen-dokumen terbabit Penubuhan Malaysia, untuk memperangsangkan dan memperkuatkan fahaman rakyat di Sarawak ini supaya mereka boleh mempertahankan kepentingan diri-sendiri maka saya bersetujui dan menyokong cadangan Peguam David Teng bahawa Kerajaan Negeri Sarawak, Jabatan Pelajaran dan Pendidikan, Parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan sosial umum/NGO boleh mengadakan majlis ceramah dan menterjemahkan 4 dokumen bersejarah yang penting supaya membahagi kepada orang-orang Sarawak. Supaya mereka mendalami sejarah Sarawak semasa dan selepas Merdeka dalam 53 tahun ini. Komited generasi muda kita ini memafami bagaimana hasil Merdeka Sarawak didapati dan berjanji kapal Merdeka boleh belayar dengan selamat!
Serta-merta menubuhkan Jawatankuasa khas di kalangan masyarakat umum
Saya ucapkan terima kasih kepada YAB Cik Nancy Shukri, Menteri Jabatan Perdana Menteri mengumumkan Jawatankuasa taktik Penurunan Kuasa Autoriti Kepada Sabah dan Sarawak yang teraju oleh Kerajaan Persekutuan telah ditubuhkan pada 26hb Jun dan telah mengadakan mesyuarat pertama kali pada 13hb Jun, disamping itu Parti SUPP juga umumkan satu Jawatankuasa telah ditubuhkan pada 27hb Jun dan dipinpin oleh YAB Encik Lee. Di sini saya ingin menegaskan Parti Bumi Kenyalang kita berkali-kali menggesa Jawatankuasa Khas yang diteraju oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Adenan Satem itu ahli-ahlinya sepatut melingkungi aspek pakar-pakar, wakil NGO, wakil pertubuhan sosial umum dan wakil dari Parti Pembangkang supaya lebih lengkap dan sempurna dalam proses menyemak, menyelidik atau mengkaji sejarah atau dokumen terbabit. Macam mana sekarang? Langsung NO NEWS! Oleh itu saya mengesyorkan Persatuan Peguam Sarawak, pertubuhan Tionghua dan Persatuan Persahabatan Kawasan Tengah Sarawak tiga pihak ini mengutuskan wakilnya mendirikan satu Pasukan Bersatu untuk mengambil tindakan selanjutnya, seperti menemui Ketua Menteri Sarawak, merayu dan menggesa beliau menunaikan apa yang dikatakan beliau.
Sekian dan terima kasih. Selamat Malam!
Ucapan suadara Franky Anong di Majlis Ceramah Meja Bulat Sibu pada 9hb Julai 2016