Untuk menunaikan matlamat menuntut kembali hak-hak autonomi Sarawak yang dicita-citakan oleh orang Sarawak Parti Bumi Kenyalang Sarawak menganggap bahawa kerajaan Sarawak harus menubuhkan dengan serta-merta sebuanh Jawatankuasa khas yang anggotanya meliputi pakar-pakar dan wakil-wakil daripada Parti-parti pembangkang supay lebih baik menjalankan tugas dan tanggung jawabnya. Dengan alasan seperti berikut:
Jawatankuasa Khas Untuk Menuntut Kembali
Hak Autonomi Sarawak
Mustahak Ditubuhkan Dengan Serta-Merta
(Kenyataan Daripada Parti Bumi Kenyalang Di Bintulu
Pa阅读更多da 23hb Julai 2017)
Jawatankuasa khas untuk menuntut kembali hak autonomi Sarawak perlu ditubuhkan dengan serta-merta di Sarawak oleh Kerajaan Sarawak. Anggota-anggota bagi Jawatankuasa khas ini mesti ada pakar-pakar daripada masyarakat umum dan ahli-ahli daripada Parti Pembangkang dan Parti memegang kerajaan Sarawak.
Perkataan “Negeri” dilarang digunakan pada segala dokumen rasmi Kerajaan Sarawak dan masyarakat umum kerana jika perkataan ini dipakai lagi bermakna merendahkan diri-sendiri.
54 tahun dahulu pada 22hb Julai 1963 Ketua Menteri Sarawak yang pertama Allahyarham Datuk Stephen Kalong Ninggang menerima warkah daripada Pesuruhanjaya Kerajaan British di Kuching dan umumkan dengan rasmi bahawa Sarawak adalah sebuah Negara penyelenggaraan diri-sendiri (Self-independence) dan meluluskan usul yang bersama serata kedudukannya dengan Sabah, Singapura, dan Persekutuan Tanah Malaya empat wilayah ini untuk digabungkan menjadi sebuah Negara Persekutuan iaitu terkenal dengan nama “Persekutuan Malaysia” di Dewan Undangan Sarawak. Dan juga memeterai “Perjanjian Malaysia1963” seterusnya terjadinya “Persekutuan Malaysia” diumumkan pada 16hb September 1963.
Perhatian: Dlm. “Konsep Persekutuan Malaysia” ini bermakna EMPAT rakan wilayah ini adalah sama setaraf kedudukannya, tiada perbezaan besar atau kecil, tiada juga perbezaan tinggi atau rendah. Sarawak atau Sabah adalah sama setaraf kedudukannya dengan Persekutuan Tanah Malaya, langsung tiada perbezaan tinggi atau rendah, besar atau kecil. Dlm. Perjanjian Malaysia tiada perkataan-perkataan yang menyatakan bahawa Sarawak atau Sabah ingin digabung dengan Persekutuan Tanah Malaya menjadi negeri ke-12 atau negeri ke-13; tiada perkataan-perkataan yang menyatakan bahawa Persekutuan Tanah Malaya menwakili 11 komponen negeri, Sabah, Sarawak hanya merupakan komponen ke-12 atau ke-13 atau Sabah merupakan salah sebuah negeri daripada 13 negeri, atau Sarawak merupakan salah sebuah negeri daripada 13 negeri. Namun begitu, terkemudian siapakah kata? Dan kenapa diubah menjadi negeri ke-12 atau ke-13?
54 tahun dahulu fakta terang-terang termaktub dlm. mesyuarat Dewan Undangan Sarawak yang kali pertama pada bulan Julai 1963 telah meluluskan wilayah Sarawak merupakan salah satu rakan wilayah daripada empat rakan wilayah iaitu Sabah, Sarawak, Singapura, dan Persekutuan Tanah Malaya yang sama setaraf dlm. “konsep Malaysia”. Bukan “negeri” ke-13 dlm. “konsep Malaysia”. Oleh yang demikian Kerajaan Sarawak digesa membimbing semua Jabatan kerajaan Sarawak dan masyarakat umum tolak gunakan perkataan “negeri Sarawak” dlm. tuturan dan tulisan di segala bidang kerana perbuatan ini merenahkan diri-sendiri.
Umpama kunyah tebu dari pangkal ke hujungnya makin mengunyah makin tawar rasanya
54 tahun dahulu salah satu wakil daripada Sarawak memeterai dokumen “Perjanjian Malaysia” itu Allahyarham Datuk Temenggung Jugah bekas pengerusi Parti Pesaka Sarawak ketika pulang ke Rh. Panjainya bertamah mesra dengan anak-anak buahnya. “Hai! Apai! Anang kitai macam kunyah tebu, dari pangkal ke hujungnya makin kunyah makin tawar rasanya”.
54 tahun dahulu Sarawak mempunyai mata wang diri-sendiri ketika itu nilai mata wang satu Ringgit Sarawak sama gengan nilai mata wang satu Ringgit Singapura. Macam mana sekarang nilai mata wang satu Ringgit Malaysia tukar 30 sen mata wang Singapura orang tak mahu.
54 tahun lepas butir-butir yang asal termaktub dlm. dokumen “Perjanjian Malaysia”(MA63) yang khas digunakan untuk mempertahankan dan memeliharakan hak-hak Sarawak telah banyak dipindakan, ada juga dimansuhkan. Berita terkini daripada surat akhbar bahawa papan nama jalanraya bahasa Cina yang berhuruf sama besar kecil dengan bahasa Melayu telah diarah oleh pihak terbabit ditukar kepada huruf-huruf jika tidak teliti mungkin tak dapat nampak lagi. Sekian lamanya hak-hak autonomi kita sikit demi sikit terkikis sehingga hal begitu kecil pun tidak dilepaskan. Agaknya ada apa hak hak kita lagi akan kehilangan?
54 tahun lepas, cuba kita rasa “tebu yang disebut oleh allahyarham Datuk Temenggung Jugah itu” ada berapa manis? Setiap orang Sarawak dlm. hatinya ada pengukur atau pembaris boleh timbang dan ukurnya. Sudah tiba masanya Sarawakians bersehati untuk menyokong Kerajaan Sarawak bertindak untuk menuntut kembali hak-hak autonomi Sarawak!
Mengesa Jawatankuasa khas yang anggotanya meliputi pakar-pakar dan wakil-wakil daripada parti pembangkang ditubuhkan dengan serta-merta oleh kerajaan Sarawak.
54 tahun lepas, kini barang sesiapa orang Sarawak yang masih menganggap diri-sendiri Cintakan Sarawak digesa dan diminta bersatu-padu untuk menyokong tindakan dan berjuang untuk menuntut balik hak-hak autonomi Sarawak.
Parti Bumi Kenyalang Sarawak menyokong kerajaan Sarawak mengutuskan rombongan ke London England untuk mengumpul dokumen-dokumen dan bahan-bahan sejarah yang terbabit dengan “Perjanjian Malaysia” (MA1963). Dan Parti kita juga menghargai semangat puan Lina Soo dan ucapkan terima kasih kepadanya untuk memperuntukkan bahan-bahan terbabit.
Untuk menunaikan matlamat menuntut kembali hak-hak autonomi Sarawak yang dicita-citakan oleh orang Sarawak Parti Bumi Kenyalang Sarawak menganggap bahawa kerajaan Sarawak harus menubuhkan dengan serta-merta sebuanh Jawatankuasa khas yang anggotanya meliputi pakar-pakar dan wakil-wakil daripada Parti-parti pembangkang supay lebih baik menjalankan tugas dan tanggung jawabnya. Dengan alasan seperti berikut:
- Ahli-ahli Jawatankuasa khas itu tidak terhad kepada pelantikan oleh pihak kerajaan Sarawak sahaja. Dengan alasan kerajaan Sarawak adalah satu komponen daripada kerajaan persekutuan Malaysia jadi boleh membayangkan (Imagine) diharap mereka menanggung beban atau tugas menuntut kepada kerajaan persekutuan mungkin tidak cukup kuat dan bertegar hati dlm. proses perundingan dan menyelenggarakan urusan-urusan terbabit jika dipandang dari segi kepentingan peribadi mungkin terlibat dengan unsur-unsur khas dan memang ada hadnya.
- Pakar-pakar NGO dan wakil-wakil daripada parti pembangkang tidak mempunyai keragu-raguan begitu dan kepentingan peribadi jadi mereka mungkinkan lebih terus terang dan bertabah hati membentangkan hujah-hujah yang kuat dan beralasan mengikuti “Konsep perjanjian Malaysia 1963”.
- Suara rakyat dlm. pergerakan menuntut kembali hak-hak autonomi telah menjadi satu kumpulan kuat dan berpengetahuan mendalam di kalangan rakyat dan memang berdiri teguh di belakang kerajaan Sarawak. Oleh itu mustahaknya mempunyai wakil-wakil dari kumpulan ini.
- Pihak kerajaan Sarawak dan pihak bukan kerajaan atau dari kalangan rakyat seharusnya seia-sekata bekerjasama, kekuatan daripada kalangan rakyat dan pari pembangkang merupakan satu pengasasan dan kekuatan yang berdiri teguh di belakang kerajaan Sarawak dan berfikiran bijak pandai dlm.proses perundingan menuntut hak-hak Sarawak.
Saudara saudari sekalian di Sarawak yang dihormati marilah kita bersama-sama bersatu-padu dan bekerjasama untuk berjuanglah demi kepentingan dan kebaikan keturunan yang akan datang.
Sekian dan terima kasih.
Kenyataan Daripada Setiausaha Parti Bumi Kenyalang Sarawak
( yang bertarikh 23hb Julai 2017 )