Pembahagian Kawasan Pilihan-raya Umum Mesti Adil Dan Saksama

打印

 Hasil carian imej untuk Parti Bumi Kenyalang

 Parti Bumi Kenyalang menganggap bahawa pembahagian kawasan pilihan-raya umum mesti mahu dijalankan dengan adil dan saksama supaya menjamin pilihan-raya umum bersih dan demokratik diadakan. Parti Bumi Kenyalang juga menyeru dan menggesa supaya mendirikan sebuah masyarakat aman damai dan hamoni, bersaingan dengan adil di antara pelbagai kaum dan membangunkan sebuah Negara yang mewah, maju dan demokrasi.

 

 Hasil carian imej untuk Parti Bumi Kenyalang

 

Pembahagian Kawasan Pilihan-raya Umum Mesti Adil Dan Saksama

(Penyataan Daripada Parti Bumi Kenyalang Sarawak Cawangan Lanang Sibu)


Pada 28hb Mac 2018 Laporan Rang Pembahagian Kawasan Pilihan-raya telah diluluskan di Parlimen dlm. suasana bantahan dengan 129 undi menyokong dan 82 undi membantah. Ini sebagai kali ke-enam untuk membahagi kawasan-kawasan pilihan-raya umum di seluruh Negara Malaysia sejak tahun 2003.

Laporan Rang Pembahagian Kawasan Pilihan-raya umum kali ini tebal sebanyak 1,000 muka surat tidak dibenarkan dibaca dahulu oleh masyarakat umum sebelum dibahas dan pengundian diadakan untuk menentukan nasibnya di Parlimen. Ini memang suatu perkara yang sangat pelik dan zalim dlm. Negara kita yang
dikatakan Negara demokratik. Ini pun menjelaskan Jabatan Pilihan-raya Umum Negara kita tidak jujur dan mengkin berniat untuk tersembunyi suatu yang tidak
ingin diketahui oleh masyarakat umum dlm. Negara kita.

Selepas Laporan Rang Pembahagian Kawasan Pilihan-raya Umum diluluskan, dalam 166 buah kawasan pilihan-raya umum Parlimen di Semenanjung Malaysia ada sejumlah 98 buah kawasan diubah-suai dan pengundinya dipindah secara besar-besaran. Di dalam 166 buah kawasan pilihan-raya umum ini yang paling ramai pengundinya adalah kawasan Damansara, di antara jumlah pengundi seramai 150,439 orang pengundi, pengundi orang Cina telah meningkat dengan sejumlah 65,000 orang. Pengundi yang paling kurang adalah di kawasan Putra-jaya hanya sejumlah 17,627 orang pengundi sahaja. Kedua-dua kawasan pilihan-raya umum ini sama setaraf sebagai kawasan pilihan-raya umum Parlimen kenapakah jumlah bilangan pengundi di antara dua kawasan ini ada perbezaan bagitu besar sangat? Ada 8 kali ganda perbezaannya! Kenapakah kawasan ini tidak dibahagi kpd. lebih daripada SATU kawasan pilihan-raya umum. Nyatalah! Perbuatan ini telah memungkiri prinsip-prinsip bahawa “seorang pengundi satu undi, tiap-tiap undi sama nilainya”.

Masa dahulu pengundi-pengundi dlm. kawasan pilihan-raya umum berunsur berbilang bangsa. Akan tetapi selepas Nazib Razak memegang kuasa pemerentahan mungkin dia terlalu banyak bimbang, takut kalah maka memilih unsur bangsa seperti di kawasan Damansara kebanyakan pengundi orang Cina tertumpu di kawasan ini, sejumlah lebih daripada 150,000/- orang pengundi dibahagi kepada satu kawasan, ada juga kawasan pilihan-raya umum di peringkat negeri hanya mempunyai 6 atau 7 puluh ribu orang pengundi sahaja boleh dibahagi kepada satu kawasan pilihan-raya umum. Melainkan di kawasan kebanyakan pengundi adalah orang Melayu maka kawasan ini akan dibahagi kasawan tersebut dengan lebih daripada satu kawasan lagi supaya calon-calon daripada UMNO tetap menang dlm. setiap kali pilihan-raya umum diadakan dan menjamin wakil-wakil dlm. Parlimen atau di Dewan Undangan tetap majoriti daripada BNUMNO.

Oleh kerana pembahagian kawasan pilihan-raya umum tidak adil dan saksama pada tahun 2013 pilihan-raya umum di peringkat Parlimen BNUMNO hanya mendapat 47% daripada jumlah undi dengan menang 133 kerusi (memiliki 60% daripada jumlah kerusi) melainkan Pembangkang menang 52% daripada jumlah undi hanya mendapat 89 kerusi (memiliki 40% daripada jumlah kerusi). Dari situ sangat jelas Pihak Yang disokong majoriti tidak dapat menubuh kerajaan sewajarnya melainkan Pihak Yang disokong bilangan minoriti boleh memegang kerajaan. Inilah sebabnya Laporan Rang Pembahagian kawasan Pilihan-raya Umum yang tidak bersih dan kotor ini mesti dilulus dlm. Parlimen sebelum pilihan-raya umum ke-14 diadakan. Itulah disangka Parti kita BNUMNO memegang Jabatan Pilihan-raya Umum Negara sepanjang masanya memain tidak bersih, tidak adil dan saksama supaya meyakinkan BNUMNO memang boleh menang (boleh memiliki kebanyakan kerusi walau pun bukan menang majoriti daripada jumlah undi) pada setiap kali pilihan-raya umum.

Parti Bumi Kenyalang Sarawak menganggap bahawa pembahagian kawasan pilihan-raya umum mesti mahu dijalankan dengan adil dan saksama supaya menjamin pilihan-raya umum bersih dan demokratik diadakan. Parti kita juga menyeru dan menggesa supaya mendirikan sebuah masyarakat aman damai dan hamoni, bersaingan dengan adil di antara pelbagai kaum dan membangunkan sebuah Negara yang mewah, maju dan demokrasi.

Selian dan terina kasih.

Penyataan Daripada
Parti Bumi Kenyalang Sarawak Cawangan Sarikei dan Cawangan Lanang Sibu
yang bertarikh 30hb Mac 2018