Surat Kepada CM dan PH Sarawak

打印

Image result for parti bumi kenyalang Image result for parti bumi kenyalang

 Untuk masyarakat umum fahami wakil drpd. parti kami pada hari kelmarin (3hb Jun 2018) pagi telah berjaya mengadakan pertemuan dengan pengerusi SUPP Datuk Sim dan En. Si drpd. Parti Keadilan dlm. Pakatan Harapan. Parti kami juga kepilkan  surat kpd. Ketua Menteri Sarawak Yang Berhormat Datuk Amar Abang Joh dan surat-surat kpd. tiap-tiap parti di Sarawak dlm.Pakatan Harapan sebagai suatu memorandum melalui Datuk Sim dan En. Si masing-masing wakil BN dan Pakatan Harapan.  

 

 

Image result for parti bumi kenyalang

 

Image result for parti bumi kenyalang

 

Para wartawan yang dihormati

Saua ingin menyatakan bahawa saya berasa sungguh gembira berpeluang bercincang dengan Pihak Pakatan Harapan Sarawak dan pihak pemegang kerajaan negeri Sarawak pada 3hb Jun 2018 berkenaan dengan perkara-perkara di bawah:-

  1. Melaksanakan manifesto Pakatan Harapan selepas saratus hari kerajaan;
  2. Kembalikan tiga rakan iaitu Semenanjung Tanah Malaya, North Berneo( Sabah) dan Sarawak sama setaraf statusnya dlm. konsep Malaysia;
  3. Kembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak dan seksuen melindungi

Sabah dan Sarawak dlm. perjanjian MA1963.

  1. Menubuhkan sebuah Jawtankuasa khas yang merangkumi wakil-wakil drpd. pihak kerajan Sarawak, wakil-wakil drpd. para parti dlm. Pakatan Harapan Sarawak dan wakil-wakil masyarakat umum.

Untuk masyarakat umum fahami wakil drpd. parti kami pada hari kelmarin (3hb Jun 2018) pagi telah berjaya mengadakan pertemuan dengan pengerusi SUPP Datuk Sim dan En. Si drpd. Parti Keadilan dlm. Pakatan Harapan.Parti kami juga kepilkan  surat kpd. Ketua Menteri Sarawak Yang Berhormat Datuk Amar Abang Joh dan surat-surat kpd. tiap-tiap parti di Sarawak dlm.Pakatan Harapan sebagai suatu memorandum melalui Datuk Sim dan En. Si masing-masing wakil BN dan Pakatan Harapan. Saya ingin menyatakan juga pertemuan ini dijalan dlm.suasana mesra dan keputusan pertemuan di antara Kami perlu diumumkan di sini seperti di bawah:-

  A. Urgent dlm.pada kini menubuhkan sebuah jawatankuas khas yang merangkumi walik-wakil drpd. para parti baik parti pemegang kerajaan atau tidak dan masyarakat umum dan tetapkan agendanya untuk bertindakkan seterusnya.

  1. Saya yakin dan beroptimis Kerajaan Persekutuan Malaysia dibawah pimpinan Tun Dr. Mahathir hadapan Malaysia akan lebih cerah dan cemerlang kerana Beliau dan pasukan pimpinannya tengah menangani apa halangan yang telah buat pada era BNUMNO.

Sebelum pilihan-raya umum ke-14 diadakan pada 9hb Mei 2018 Pakatan Harapan telah membuat pengakuan dlm. Manifestonya  akan kembalikan status tiga rakan iaitu Persekutuan Tanah Malaya, Sabah dan Sarawak sama serata dlm. konsep Malaysia. Pakatan Harapan juga berjanji dlm. jangka seratus hari kerajaan bahawa  kerajaan Pakatan Harapan akan menubuhkan suatu Jawatankuasa khas dlm. kabinet untuk mengkaji dan menyemak MA1963 supaya MA1963 boleh dilaksana dengan baik. Sekiranya ada manifesto Pakatan Harapan saya yakin Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir akan boleh buat lebih baik drpd. Era BNUMNO kerana ada sokongan manifesto Pakatan Harapan dan pasukan pimpinan Pakatan Harapan di bawah jagaan Tun Dr Mahathir.

2. Orang Sabah dan Sarawak mungkin lebih bimbang kerana Pakatan Harapan dan Tun Dr. Mahathir berpusat di KL ada kemungkinan mereka tidak cukup faham dan berbeza fikiran dengan orang lokal di Sabah dan Sarawak dlm. konsep hak-hak Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh Kita perhatian pelantikan menteri-menteri kabinet langsung tidak nampak seorang drpd. Sabah dan Sarawak. Walau bagaimana pun bukan keputusan yang terakhir masih ada belasan menteri belum dilantik dan diumumkan. Saya fikir memang ada menteri drpd. Sabah dan Sarawak dlm. nama senarai Kabinet kerajaan Pakatan Harapan.

Tapi jangan lupa sebelum Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir masuk Pakatan Harapan beliau pernah mengkritik bekas perdana menteri  Datuk Seri Nazib Razak telah memberi terlalu banyak janji terhadap perkara hak-hak Sabah dan Sarawak. Kini Pakatan Harapan telah memegang kerajaan Persekutuan Malaysia sama ada sudi atau tidak  serahkan balik kpd. Sabah dan Sarawak apa kepentingan dan kebaikan yang telah ditelan oleh era pemerintahan BNUMNO. Ini pun satu ujian besar terhadap Kerajaan Persekutuan Malaysia Pakatan Harapan sama ada atau tidak beramanah dan mengabulkan apa yang dijanjikan dlm. manifesto.

(3) Dlm. seratus hari kerajaan Kerajaan Pakatan Harapan sibuk dengan pelbagai urusan timbul dlm. agenda kerajaan Pakatan Harapan seperti masalah mengembalikan tiga rakan kompenan (Persekutuan Tanah Malaya, Sabah dan Sarawak) yang setaraf atatusnya dlm. konsep Malaysia, mansuhkan akta-akta atau seksyen-suksyen yang tidak sesuai dan tidak manfaatkan Sabah dan Sarawak, dan urusan tuntutkan balik hak-hak Sabah dan Sarawak kesemua ini perlu diajukan dlm. agenda urusan kerajaan.

Sekiranya urusan-urusan tersebut di atas boleh dijalankan dengan lancar saya fikir satu perkara yang dianggap sangat penting adalah suatu jawatankuasa khas yang merangkumi wakil-wakil drpd. Pihak kerajaan atau pihak pembangkang dan wakil-wakil drpd. ahli-ahli pakar ditubuhkan. Sekiranya terhad pada pihak kerajaan seperti jawatankuasa yang ditubuhkan dlm. era pemerintahan BNUMNO akan disangka tidak cukup kuat dan berkemampuan untuk menjalankan urusan ini.

(4) Kini suara rakyat Sabah dan Sarawak menyeru pihak kerajaan negeri Sarawak atau Sabah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang terdiri drpd. Pihak kerajaan, pihak pembangkang, pihak swasta, pihak ahli-ahli pakar dan umumkan agenda bertindakkan.

Orang-orang Sabah dan Sarawak bimbang akan dlm. manifesto sebelum pilihan-raya umum ke-14 baik BNUMNO mahu pun pihak Pakatan Harapan hanya berjanji saja kerana sekiranya mereka memegang kerajaan hanya sebuah jawatankuasa khas terhad pad Pihak Kerajaan sahaja ditubuhkan tetapi tidak merangkumi pihak-pihak drpd. Rakyat yang disangka tidak lengkap dan sempurna.

B. Ke manakah Negeri Sarawak? Selepas 9hb Mei pilihan-raya umum ke-14 Kerajaan Persekutuan Malaysia BNUMNO telah ditewas di peringkat Parlimen. Saya fikir Kerajaan Negeri Sarawak perlu bekerja-sama dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia Pakatan Harapan supaya kerajaanNegeri lebih waras dan boleh diamanah.

Sekiranya Parti-parti dlm. BN nak keluar drpd. BNUMNO dirikan suatu barisan baru kemudian masuk Pakatan Harapan. Nampaknya suasan belum diwujud.

Dlm. keadaan tersebut di atas Pakatan Harapan Sarawak atau Parti-parti Sarawak yang memegang kerajaan Sarawak. Ada kemungkinan:-

(1) Ubah kabinet kerajaan negeri Sarawak dengan jumputan YB drpd. Pakatan Harapan. Susahlah! Tak sesuai!

(2) Harap Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan menjemput BN Sarawak masuk dan tukar nama barisan baru menjadi komponen dlm. Kerajaan Persekutuan Malaysia Pakatan Harapan. Susahlah! Buntut jalan saja!

(3) Harap Parti Bumi Bersatu menjemput PBB atau YB BN masuk Parti Bumi Bersatu di peringkat Parlimen. Ini mungkin suatu cara paling disambut oleh Parti Bumi Bersatu. Demikian mesti menjaga Parti Bumi Bersatu akan masuk Negeri Sarawak. Ini bukan suatu perkara baik.

(4) Mengekalkan kedudukan lama? Parti PBB dan lain-lain komponen parti lokal dlm. BN masih memegang kerajaan negeri Sarawak tapi pembangkang di peringkat Parlimen. Kalau demikian sekiranya tiada strategi baru mungkin ada YB melompat ke Pakatan Harapan dan demikian Parti-parti BN di Sarawak akan menunggu hilang senyap di pentas politik Sarawak.

(5) Cadang di sini strategi berintensif kpd.Pakatan Harapan dan parti-parti BN yang pemegang kerajaan Sarawak:

Parti lokal pemegang kerajaan masih ada dua tahun lagi, ada modal dan pengalaman memegang kerajaan boleh diguna-pakai untuk manfaatkan parti diri-sendiri. Pakatan Harapan memegang Kerajaan Persekutuan Malaysia ada kemudahan untuk melaksanakan manifesto mereka. Oleh itu kedua-dua pihak ini baik pembangkang atau pemegang kerajaan sama-sama perlu mengambil tindakan dengan serta-merta supaya pihak sendiri lebih kuat untuk menyambut pilihan-raya umum di peringkat Dewan Undangan Negeri yang akan datang.

(i)              menggengkam aliran suara rakyat perdana. Lebih bijaksana

drpd. barang siapa pun dengan menjunjung cogan kata berjuang untuk hak-hak autonomi Sarawak. Demikianlah! Jawatankuasa khas yang merangkumi pihak kerajaan dan pihak drpd. rakyat umum didirikan dengan serta-merta dan umumkan agenda apa tidakan akan diambil demi untuk menangkan amanah drpd. rakyat jelata Sarawak.

(ii)Meluluskan usul dlm. Dewan Undangan Sarawak mengenai tuntut balik hak-hak Sarawak dan dikemukakannya kpd. Dewan Parlimen melalui ahli Parlimen Sarawak.

(iii) Beriktiar meluluskan usul referendum di Dewan Undangan Negeri Sarawak dan bersiap sedia pada bila-bila masanya boleh diadakan referendum di Negeri Sarawak.

(iv) Bersih, telus dan terbuka. Jangan pasif, bergiat aktif membersihkan sama ada atau tidak kes rasuah lagi. Umumkan kewangan projek-projek dengan terperinci, termasuk proses Tender, progresif projek-projek. Dan dengan serta-merta dirikan satu jawatankuasa khas untuk mengawal progresif projek-projek.

(v) Mesra dan manfaatkan kalangan rakyat. Batalkan JKKK digantikan dengan Jawatankuasa khas yang merangkumi pihak kerajaan dan penduduk-penduduk tempatan supaya sentiasa menghubungi dan mendengar suara rakyat supaya boleh membetulkan atau melengkapkan mana-mana yang tak sempurna. Memperpesatkan pembangunan dan kemajuan projek-projek infrastruktur seperti lebuh raya/jalan raya, jambatan, empangan, titian, pembekalan air dan elektrik, bangunan sekolah-sekolah dan klinik kesihatan dll.

  Menubuhkan Jawatankuasa perkembangan dan pembangunan pertanian supaya mendengar dan mengumpul suara petani dan juga ahli-ahli pakar pertanian drpd.luar Negara. Mendirikan kilang proses hasilan pertanian dan membuka pasaran di dalam atau di luar Negara.

 Mendirikan majlis perhubungan pembaharuan tanah-tanah kampung untuk mengurus masalah tanah pesaka (tanah NCR) dan meneroka tanah dengan memperuntukkan tanah kpd. yang tidak mempunyai tanah dan berhasrat berkecimpungkan dlm. bidang pertanian dan penternakan supaya memajukan perusahaan pertanian dan penternakan.

 Mendirikan jawatankuasa bergabung pihak kerajaan dan pihak drpd. masyarakat umum utk. mengawal dan memperpesatkan projek-projek pembangunan infrastruktur dilaksanakan.

Upamanya di kawasan dataran Btg. Rajang:

  a. Memperuntukkan peruntukan dengan serta-merta sama ada drpd. Kerajaan Ngeri atau Kerajaan Persekutuan supaya boleh siapkan jalan raya dari Kanowit ke pekan Kapit.

  b. Membuat rancangan lebuh-raya/jalan-raya di sebelah utara Sg. Btg. Rajang dengan serta-merta supaya menghubungi pekan Kapit, pekan tatau, Bintulu, Miri dan Belaga.

  c. Membina jambatan Kanowit menyebarangi Sg. Btg. Rajang, jambatan Song menyebarangi sebelah selatan dan utara, jambatan Kapit menyebarangi sebelah selatan dan utara, jambatan Kapit menyebarangi muara Sg. Balui dll.

  d. Membina jambatan di hilir Sg. Btg. Rajang menghubungi kawasan Hock Chow di sebalah selatan dan utara, jambatan Bingtangor menghubungi kawasan di sebelah selatan dan utara, membina lebuh-raya/jaln-raya dan jambatan supaya menghubungi drpd. Sarikei ke Tanjung Mani.

   e. Mencipta Akta menjaga kawasan tanah di dua sebelah jalan-raya diguna-pakai dengan teratur. Tanah di luar kawasan-kawasan beberapa batu drpd.jalan-raya khas diperuntukkan kpd. perusaha-perusaha sederhana, tanah di kawasan satu atau dua batu drpd. Jalan-raya khas diperuntukkan kpd. pekebun kecil. Ladang besar hanya dibenarkan diperuntukkan tanah jauh drpd. lepas 5 atau 6 batu di jalan-raya.

(vi) Adakan majlis berdialog(dialogue), bertukar fikiran atau fahaman dengan penduduk-penduduk tempatan supaya memberangsangkan aktiviti-aktiviti perusahaan dan perdagangan, pertanian dan kebudayaan. Mendirikan bank tempatan di bawah jagaan kerajaan tempatan tidak terkongkong oleh kerajaan persekutuan.

(vi)Menggalakkan perusahaan pelancungan dan sentiasa bersama agensi-agensi pelancungan dan hotel-hotel mengadakan majlis ramah-tamah supaya menghidupkan perunsahaan pelancungan dan kebudayaan.

(vii)Parti pemegang kerajaan tempatan harus pastikan parti-parti rakannya boleh jalan dengan baik jangan terlibat kes-kes mahkamah. Seperti kes rasuah dan kes pilihan-raya umum.

C.Perkara penting dan urgent 

(1)Pakatan Harapan Sarawak boleh gunakan unsur kelebihan atau keunggulan kerana mereka memegang kerajaan perekutuan Malaysia, akan tetapi Parti-parti yang pemegang kerajaan Sarawak dlm. BN  perlu sedar dan gunakan unsur-unsur kelebihan atau keunggulan anda masing-masing. Kita mesti faham Topik politik di Sarawak sekarang tiada lain drpd. topik hak-hak autonomi Sarawak yang diura-urakan di pentas politik Sarawak sekarang. Saya ingin menyatakan siapa boleh membuat lebih baik dan menetapkan agenda-agenda kerja anda maka siapa ini akan menang. Yang perlu diperhatian:-

(i) Majlis dialog/perhubungan diadakan dengan serta-merta, mengumpulkan wakil-wakil drpd. parti-parti baik pemegang kerajaan atau bukan, organaisasi swasta, perbadanan/persatuan drpd. pelbagai etnik, pakar-pakar special seperti peguam dan ahli-ahli sejarah supaya mendengar suara mereka tentang MA1963 dan apa tindakan perlu diambil.

(ii)  Berikutannya mesyuarat khas Dewan Undangan Negeri Sarawak diadakan untuk berbincang perkara MA1963 dan harus luluskan usul mansuhkan apa-apa seksyen yang tidak manfaatkan Negeri kita ini dan menuntut balik hak-hak Sarawak kita dan usul ini dibawa ke Dewan Parlimen untuk dibincang.

(iii) Menghubungi dan menyeru YB-YB di Dewan Parlimen baik dlm. parti pemegang kerajaan persekutuan atau tidak, tapi yang bernar-benar berjuang untuk berkhidmat kpd. rakyat supaya menyokong Usul Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan memberi agenda kembalikan hak-hak Sarawak yang termaktub dlm. MA1963. Mansuhkan apa-apa seksyen yang tidak manfaatkan Negeri Sabah dan Sarawak dan berkuat-kuasa seksyen-seksyen yang diganakan untuk melindungi Negeri Sabah dan Sarawak.

(iv) Menghubungi dan menyeru YB-YB di Dewan Parlimen baik dlm. parti pemegang kerajaan persekutuan atau tidak, tapi yang bernar-benar berjuang untuk berkhidmat kpd. rakyat supaya menggesa Kerajaan Persekutuan Malaysia (kerajaan Pakatan Harapan) melaksanakan manifesto mereka yang diumumkan sebelum pilihan-raya umum ke-14.

(v) Di samping itu dlm. Dewan Undangan Negeri Sarawak sedia luluskan usul undi umum utk. memutuskan nasib Negeri Sarawak. Menunggu! Mungkin dlm. saat perlu boleh dipakai-gunakan.

(vii) Menjalan urusan pentadbiran dengan cara terbuka. Biarlah rakyat jelata dan masyarakat umum tahu Kerajaan tengah buat apa? Tujuan buat begitu adalah mendapat sokongan drpd. majoriti besar di kalangan rakyat jelata.

Cadangan dan pandangan saya yang cetek ini hanya diperuntukkan kpd. Tuan dan rakan-rakan tuan untuk dirujuk saja.

Sekian dan terima kasih.

Di sini diucapkan salam bahagia dan sejahtera kpd. Tuan dan sekeluarga.

 

Yang ikhlas,

 

Yii Chin Liik

(Pengerusi Parti Bumi Kenyalang Sarawak)

( yang bertarikh 4hb Jun 2018 )