PBK:Tidak Beralasan Dua Jenis Minyak Melambung Tinggi Perlulah kaji Semula

打印

Image result for 肯雅兰全民党

Parti Bumi Kenyalang menganggap harga dua jenis minyak ini iaitu minyak makanan sawit dan minyak petrol untuk menjana mesin telah melambung tinggi tidak halal sebab didapati tersembunyi suatu jenis kuman penyakit yang tidak terlihat dengan mata biasa perlu ahli specialist untuk siasat dan kaji dengan terperinci. Jangan membiar semua rakyat Malaysia ditimpa penyakit ini dan terpaksa mereka menanggung kesusahan dan kepahitan.

 

Image result for 肯雅兰全民党

Image result for 肯雅兰全民党

 

 

Tidak Beralasan Dua Jenis Minyak Melambung Tinggi Perlulah kaji Semula

 

     Minyak makanan,petrol dan disel semua telah melambung tinggi! Apa hal ini? Bukankah pimpinan Negara kita uar-uarkan mengumumkan keunggulan Baget 2017 akan membawa sejahtera kepada semua lapisan rakyat? Baru cukup dua minggu sahaja jenis minyak makanan dan jenis minyak menjana mesin semua melambung tinggi. Nyatalah menunjukkan ekonomi dan kewangan Negara kita semakin merosot dan Baget 2017 tidak manis kepada rakyat.

 

      Dari November 2016 kerajaan kita telah membatalkan subsidi, jadi kecuali jenis 1Kg. bungkusan minyak makanan,  lain jenis cap ( termasuk Red Eagle, Saji, Seri Murni, Vesawit, Neptune, Knife dan Buruh) baik 1Kg, 2Kg, 3Kg, atau 5Kg semua naik harga melebihi 60% iaitu di antara 7.6 ringgit ke 9.1 ringgit. Contohnya 5Kg cap Red Eagle, cap Neptune, dan cap Knife daripada 14.7 ringgit naik kepada serendah 23.2 ringgit. Dan dijangka akan naik harga kedua kali lagi pada Januari 2017. Sekiranya pimpinan Kerajaan Negara kita BNUMNO bersimpati rakyat kita khususnya golangan warga di kota, luar Bandar, atau di kawasan pendalaman yang benrpendapatan redah seperti kaum buruh dan petani mingkin tidak menanggung keusahan dan kepahitan yang begitu hebat.

 

       Negara kita Malaysia ialah sebuah Negara yang menghasilkan minyak sawit yang kedua banyak di seluruh dunia. Kilang-kilang memproses minyak makanan sawit di Negara kita pun banyak kenapa kita terpaksa

 

       memakan minyak makanan yang mahal? Melainkan negara-negara lain yang bukan menghasilkan minyak makanan boleh menikmati minyak makanan yang lebih murah jika berbanding dengan Negara kita sendiri.

 

     Dari 1hb November 2016 jenis minyak petrol yang menjana mesin, harga Ron 97 1 liter daripada 2.15 ringgit menaik kepada 2.3 ringgit, Ron 95 1 liter daripada 1.8 ringgit kepada 1.95 ringgit, diesel 1liter daripada 1.75 ringgit kepada 1.9 ringgit. Boleh diketahui dari Mac hingga November 2016 kini telah dinaiki harganya minyak diesel 48%. Ron 95 dinaiki 22% dan Ron 97 dinaiki 18%. 

 

        Harga dua jenis minyak (minyak makanan dan minyak menjanakan mesin) melambung tinggi memang melibatkan harga hasilan-hasilan perusahaan yang membabit minyak berikutan melambung tinggi juga. Walau pun cukai GST belum diisytiharkan akan dinaikkan berapa % kerajaan negara kita BNUMNO nampaknya pun tidak bermaksud sudi menanggung bebanan ini melainkan dengan memilih cara senang dengan mencampakkan bebanan kepada semua rakyat, khususnya golongan pekerja-pekerja/buruh dan petani-petani yang berpendapatan yang cukup rendah untuk menanggung sara hidup yang cukup susah dan payah. 

 

       Dikatakan program RB1M setiap individu yang berkelayakan itu boleh menerima tambahan 200 ringgit dan Perdana Menteri Malaysia En. Najib Razak menyanjung tingginya bahawa akan mensejahterakan semua rakyat Malaysia. Nampaknya cantik dan molik tapi lebih kotor dan busuk daripada tahi ayam, sebagai contohnya seorang kaki-tangan bekerja di opis perlu memakai kereta cap national yang memakan minyak 300 ringgit bulanan ulang-alik dari rumah ke opis. Sekarang minyak Ron 95 sudah naik 15 sen 1 liter jadi setiap bulan Encik ini harus membayar tambahan belanjawan minyak petrol 100 ringgit. Cuma topik ini sahaja jangan cakap lain topik untuk sara hidup bulanan. Macam mana dikatakan akan membawa sejahtera kepada rakyat Malaysia?

 

        Meski pun harga minyak petrol di antara-bangsa sudah turun dan harga minyak sawit pun tidak naik cuma kedua-dua jenis minyak ini kurang hasil dalam negara sahaja,  udah cukup Kerajaan Negara kita Malaysia gagah dan berani sembelih rakyatnya. Mungkin sebab kedua-dua pilihan kecil di Semenanjung Tanah Melayu sudah menang dengan undian majoriti yang cantik dan dianggap cemerlang pilihan raya dewan undangan negeri di Sarawak maka meyakinkan kerajaan BNUMNO akan senang pada pilihan raya Parlimen ke-14 yang akan datang. Jadi tidak pedulikan merosot ekonomi dan defisit fiskal Negara kita, lebih lanjutnya dengan cara menaikkan harga minyak untuk memenuhi idamam segelintir manusia yang berwibawa pimpinan Negara kita dan kumpulan-kumpulan kroninya. Kita, rakyat Malaysia semua haruslah sedarkan diri bahawa program kerajaan BNUMNO dengan melimpahkan sikit-sikit manisan tidak mencukupi kehendak pelambungan kemuncak akan harganya semua barang-barangan di negara kita ini. 

 

       Mengikut pelaksanaan sistem kontrol yang digubalkan oleh kerajaan diri-sendiri sekarang jika harga minyak petrol dinaikkan tidak halal sebab didapati tersembunyi suatu kuman penyakit yang tidak dapat dilihat dengan mata perlu ahli specialist untuk siasat dan kaji. Lagi pun kenaikan harganya pun menentang dengan kompromi Kerajaan kita BNUMNO. Menurut laporan negeri-negeri pengeluaran minyak bulan Oktober sebanyak 3,382 million tong, disamping itu Amerika Syarikat sedang menambah pengeluarannya. Harga minyak dunia telah turun ke USD 48.66 setong sepatutnya Negara kita Malaysia pun menurunkan harga minyak petrol akan tetapi harga minyak petrol melambung tinggi. Lagi pun Malaysia sebagai sebuah Negara yang mengeluarkan hasil minyak petrol khususnya Sarawak sebagai satu negeri utama yang boleh menghasilkan minyak petrol. Sebenarnya Sarawakians di Sarawak patut menikmati subsidi macam rakyat di Brunei. Rakyat di negeri Brunei boleh menikmati 0.53 ringgit Brunei 1 liter Ron 97 dan 0.31 ringgit Brunei 1 liter diesel selama lebihi 10 tahun tidak turun-naik harganya sedangkan penghasilan minyak petrol di Sarawak lebih banyak daripada negeri Brunei. Itulah harga minyak petrol dan minyak makanan sawit dinaikkan tidak halal!

 

       Masa kini negeri Brunei kaya dan makmur dan rakyat menikmati kehidupan sejatera, aman damai dan makmur kerana negeri Brunei enggan bergabung dalam pertubuhan persekutuan Malaysia. Negeri Brunei boleh menjaga diri-sendiri tidak dijajahkan oleh mana-mana pihak.

 

       Parti Bumi Kenyalang menganggap harga dua jenis minyak ini iaitu minyak makanan sawit dan minyak petrol untuk menjana mesin telah melambung tinggi tidak halal sebab didapati tersembunyi suatu jenis kuman penyakit yang tidak terlihat dengan mata biasa perlu ahli specialist untuk siasat dan kaji dengan terperinci. Jangan membiar semua rakyat Malaysia ditimpa penyakit ini dan terpaksa mereka menanggung kesusahan dan kepahitan. Parti Bumi Kenyalang berfikir bukan ubat biasa seperti tongkat ali, kayu manis, ginger, dangkui atau ginseng yang ada mujarab tapi jika mendengar resipi ubat Parti Bumi Kenyalang ada kemungkinan buang penyakit dengan ubat reform struktur kerajaan Negara kita dan memberi kuasa wibawa dan bebas kepada persuruhanjaya pencagahan rasuah Malaysia. Cantiklah! Ubat resipi ini.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Kenyataan daripada Setiausaha Parti Bumi Kenyalang

Yang bertarikh 7hb November 2016