
Parti PBK di sini menyeru saudara-saudari di Sarawak bersatu-padu berjuang untuk menuntut balik hak pengurusan perusahaan penerokaan dan pemprosesan minyak petrol,menubuhkan kompeni Sarawak diri-sendiri baru dapat memutuskan nasib kita diri-sendiri.

Membantah Minyak Petrol Sekali Lagi Melambung Tinggi
(Kenyataan Daripada Parti PBK Cawangan Lanang Sibu)
Tahun baru Cina 2017 baru lepas pada 1hb Februari harga minyak petrol sekali lagi melambung tinggi Ron 97 seliter dari RM2.40 naik ke RM2.6 seliter, Ron 95 seliter dari RM2.10 naik ke RM2.30 seliter dan Diesel seliter dari RM2.05 niak ke RM 2.15 seliter. Dari Disember 2016 hingga ke Februari 2017 dalam masa yang begitu singkat ini sudah dua kali naikkan harganya dengan sejumlah RM0.50 yang paling tinggi dalam rekod dan sungguh mengejutkan. Parti PBK tidak setujui terhadap tindakan kerajaan Persekutuan Malaysia.
Minyak petrol dan diesel macam darah dalam semua perusahaan termasuk pembuatan ,penghasilan,penerokaan dan pengangkutan, khususnya dalam bidang pengangkutan modalnya minyak petrol atau diesel telah memiliki 20%---30%. Lagi pun kerana minyak petrol atau diesel melambung tinggi berikutan dengan akan menyebabkan harga barang semua melambung tunggi juga. Ini akan memberatkan bebanan terhadap mereka yang dalam golongan rakyat yang berpendapatan rendah ini.
Kerana harga minyak petrol atau diesel dinaikkan telah menyebabkan orang-orang tidak puas hati. Jadi di Bandar Seremban ada 600 buah motosikal pam minyak petrol dengan percuma kerana tindakan membantah. Demikian juga dalam halaman Face book Perdana Menteri Malaysia dipenuhi perkataan-perkataan tidak puas hati kerana 20 sen.
Semenjak Disember 2014 susidi minyak petrol dihentikan harga minyak petrol turun naik mengikut pasaran international bagaimana caranya mengkira harga penjualan runcit tidak pernah diumumkan semua tersembunyi dalam kotak tidak telus. Pilihan raya ke-14 akan datang rakyat Malaysia bimbang mungkin kerajaan BN gunakan cara naikkan harga minyak petrol atau diesel untuk memancing modal politik untuk pilihan raya akan datang. Kalau tidak kenapa tidak mahu mengumumkan cara sistem mengkira harga minyak petrol berikut plot harga pasaran.
Semua rakyat Malaysia tua muda pun faham persekutuan Malaysia menghasilkan minyak petrol memang harganya tetap. Jika mahu mengikut Plot harga minyak international apabila harga minyak Plot ke atas memang harga minyak naik melainkan plot ke bawah maka turunlah harga minyak. Tetapi memang ada sikit special persekutuan Malaysia sekarang harga minyak petrol international Plot ke bawah melainkan harga minyak petrol kita ikut mana punya Plot bukan ke bawah turun harganya melainkan Plot ke atas naikkan harga minyak 20 sen atau 10 sen.
Persekutuan Malaysia sebagai penghasil minyak petrol jika mahu berbanding dengan Negara lain harga minyak petrol dan diesel memang murah daripada Negara lain. Macam pokok durian di kebun durian nenek moyang kita tanam anak cucuk atau cicitnya kalau mahu makan siapa rajin turun siapa boleh makan banyak sikit. Tapi sekarang bukan ini macam bapa cakap yu mahu tidak boleh sendiri turun padang kau bawalah duit beli sama saya. Mana datang punya logik? Kau suka Apai inikah?
Kos penerokaan dan pemprosesan minyak petrol dan diesel bukan tinggi khususnya persekutuan Malaysia penghasilan tidak patutnya wang susidi untuk minyak petrol dan diesel dihentikan. Maka boleh meninggikan harga minyak petrol dengan sesuka hati jadi membebankan rakyat Malaysia untuk tanggung bebanan yang sudah begitu berat ini. Kita faham di negera jiran kita Brunei diesel seliter baru RM0.31 dan di negeri Venezuelan di dataran Amerika minyak petrol baru 4 sen seliter jika dikira dengan duit Malaysia. Kedua-dua Negara ini sebagai Negara yang menghasilkan minyak petrol kenapa begitu murah harga minyaknya melainkan persekutuan Malaysia yang menghasilkan minyak petrol juga kenapakah begitu mahal harga minyaknya?
Sungguh kesal dan berasa malang kita sebagai rakyat Malaysia kerana nampaknya Kerajaan BNUMNO masih berninat memelihara dan mempertahankan kuasa pemerintahan yang penuh dengan penyakit barah rasuah,membolos dan salah guna kuasa, mementing kepentingan kroni dan lupakan cogan kata mereka pada masa pilihan raya dulu.
Parti PBK di sini menyeru saudara-saudari di Sarawak bersatu-padu berjuang untuk menuntut balik hak pengurusan perusahaan penerokaan dan pemprosesan minyak petrol,menubuhkan kompeni Sarawak diri-sendiri baru dapat memutuskan nasib kita diri-sendiri.
Sekian dan terima kasih.
Kenyataan Daripada Parti Bumi Kenyalang cawangan Lanang Sibu
(yang bertarikh 8hb Februari 2017)