PBK :“Setiap keluarga atau warga-negara berkediaman diri-sendiri adalah satu impian kerajaan kita” ia juga suatu padang jauh untuk mencipta satu masyarakat yang aman dan harmoni. Parti bumi Kenyalang berharap dan menyokong boleh menunaikan cita-cita kerajaan kita.
Kerajaan Sarawak Harus Menuju Ke Hala Setiap Keluarga Berkediaman Diri-Sendiri
(Kenyataan Daripada Parti Bumi Kenyalang Sarawak)
Kerajaan kita seharusnya memenuhi impian kehendak setiap warga-negara kita yang berkediaman diri-sendiri yang merupakan empat keperluan penting bagi setiap warga-negara kita iaitu pakaian, makanan, kediaman, perjalanan dan pengangkutan dan ini juga merupakan empat keperluan bagi syarat-syarat kekayaan dan harmoni dlm. masyarakat Negara kita yang adil.
Akan tetapi kos rumah menuju ke tahap meninggi tidak pernah menghala ke tahap menurun, selama 20 tahun lamanya kos rumah begitu juga dengan meningkat 2%--3% setiap tahun. Sekarang kos rumah dua tingkat terrace tengah sebuah di antara RM350,000/- ke RM700,000/-, dua tingkat semi-detached di antara RM500,000/- ke RM1,200,000/- tidak serata. Menurut keadaan ini masalah bukan rakyat tidak bermampu membeli melainkan adalah kos rumah terlalu tinggi.
Keluh-kesah kebanyakan keluarga baru dan golongan muda-mudi
Menurut berita bahawa 40% pekerja daripada golongan pekerja yang gaji kurang daripada RM2,000/- bulanan dan 65% keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,500/- walau pun pendapatannya RM5,000/- bulanan dlm. Negara kita ini juga tidak bermampu menanggung pembayaran rumah pinjaman bulanan yang begitu tinggi ini. Berikutan dengan kos barang-barangan keperluan semakin hari semakin melambung tinggi, kenaikan gaji atau upah sungguh lambat, langsung tidak memenuhi kehendak kenaikan kos rumah. Seperti mula-mula ini Gabenor Bank Negara kita berkata: “Negara kita sekarang menghadapi empat masalah, salah satu daripadanya ialah pendapatan bulanan keluarga tidak sejajar dengan peningkatan kos rumah”.
Pada asalnya kos rumah projek 1M akan ada 3% rendah daripada kos rumah pasaran diperuntukkan kepada warga-negara yang layak itu tetapi sekarang kerajaan kita sudah melaksana dasar perswastaan dengan cara bergabung dengan pihak kompeni swasta untuk mengerah keuntungan daripada pembeli rumah ini. Kos rumah bagi projek rumah 1Msekarang diperuntukkan kepada pembeli sudah melebihi RM100,000/- ke atas RM400,000/- sebuah. Ini sudah bukan rumah mampu ditanggung lagi tambahan pula laba pinjaman bank dan susah diluluskan pinjaman itu. Orang muda-mudi dan keluarga muda hanya keluh-kesah sahaja!
Kerajaan Negeri Sarawak harus berkaji dengan bersungguh dan mencontohi Projek impian perumahan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Johore Baru.
Ingin diusul di sini. Bulan lepas Projek Perumahan Impian Bangsa Johore dilancarkan melalui Dana Sultan Ibrahim. Projek ini membolehkan pembeili/rakyat dapat membeli rumah deteched atau rumah semi-deteched yang di bawah harganya RM100,000/- dengan hanya membayar WANG TEMPAH RM1/- sahaja kemudian melalui cara bayaran beransur-ansur atau dengan cara bayaran sekali gus. Lagi menarik hati adalah rumah impian ini dilengkapi dengan mesin basuh, TV, peti sejuk,perkakas melesap asap kotor daripada masak-memasak di dapur dan alat-alat yang lain lagi dilengkapi.
Menurut berita lagi, dlm.masa yang paling singkat mempunyai 260,000/- orang pemohon mengepilkan borang permohonan untuk bersiang dlm.1,840 unit rumah impian ini. Dalam perkara ini membayangkan satu fakta tidak boleh diabaikan bahawa Projek Impian Perumahan yang boleh ditanggung rakyat ini sungguh disukai orang ramai. Kenapakah Kerajaan Negeri Sarawak tidak mahu semacam dengan Kerajaan Negeri Johore Baru?
Parti Bumi Kenyalang Sarawak telah mengambil perhatian bahawa Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abg. Johari Tun Abg. Openg dan Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukkan peruntukan sebanyak RM50,000,000/- untuk projek perumahan baru yang mampu ditanggung dlm. 9 projek berasingan. Kita dapati projek ini bukan mementingkan 40% keluarga daripada golongan pertengahan dan bawahan melainkan menguntungkan kebanyakan kaki-tangan kerajaan diperingkat pertengahan.
Kerajaan Negeri Sarawak harus benar-benar melaksanakan projek perumahan bertujuan dengan setiap keluarga berkediaman diri-sendiri
Parti Bumi Kenyalang Sarawak berharap Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abg. Johari Tun Abg. Openg harus lebih mementingkan kebaikan dan kepentingan golongan pertengahan dan bawahan daripada rakyat Sarawak. Menunaikan tujuan “setiap keluarga berkediaman diri-sendiri”,Kerajaan Negri kita boleh dengan pelbagai jalan untuk merancang lebih banyak projek perumahan mampu ditanggung.
Kerajaan Negeri Sarawak boleh dengan cara melaksanakan program anti rasuah, mengurus kewangan dengan bersih dan telus, jual dan beli dengan adil,
dengan jalan ini boleh menjimatkan banyak wang untuk kegunaan kebaikan rakyat. Meneroka lebih banyak bidang pasaran dan ekonomi dengan meningkat daya penghasilan dan pembelian pada rakyat.
Dlm. bajet 2017 Kerajaan Persekutuan Malaysia akan memperuntukkan wang peruntukan sebanyak 1.6 billion Ringgit Malaysia untuk projek perumahan mampu ditanggung,dlm. bajet 1.6 billion Ringgit Malaysia ini berapakah akan diperuntukkan kepada Negeri Sarawak? Kerajaan Persekutuan Malaysia mengerah cukai daripada Negeri kita, mereka seharusnya memenuhi kemahuan negeri kita dengan puas hati supaya lebih banyak wang peruntukan boleh digunakan dlm. projek pembinaan rumah kos rendah.
Parti kita mengusul juga kerana tanah Negeri Sarawak sangat luas dan kurang penduduk Kerajaan negeri kita boleh memperuntukkan tanah kepada penduduk golongan bawahan untuk membina rumah diri-sendiri, boleh juga memperuntukkan tanah kepada Lembaga Perumahan Kerajaan untuk membina 12 unit ke atas rumah dlm.seekar atau dengan cara menghad kos rumah yang dibina oleh kompeni swasta supaya rakyat dlm.golongan bawhan bermampu untuk membeli.
“Setiap keluarga atau warga-negara berkediaman diri-sendiri adalah satu impian kerajaan kita” ia juga suatu padang jauh untuk mencipta satu masyarakat yang aman dan harmoni. Parti bumi Kenyalang berharap dan menyokong boleh menunaikan cita-cita kerajaan kita.
Sekian dan terima kasih.
Kenyataan daripada Parti Bumi Kenyalang Sarawak Cawangan Lanang, Sibu
( yang bertarikh 19hb April 2017 )