Surat Kepada CM di Majlis Malam Penulis Tahun 2017 Sarawak

打印

 Hasil carian imej untuk Festival Penulis-Penulis Sarawak 2017

 Dewan Undangan Negeri Sarawak kita harus berbincang dan meluluskan usul mendirikan Jabatan Pendidikan dan Pelajaran di negeri Sarawak diri-sendiri dan berkuat-kuasa dengan secepat mungkin. Jabatan ini berkuasa menulis dan menyusun buku-buku teks yang sesuai dan boleh membayangkan fakta Sarawak dengan lengkap supaya diguna dlm. sekolah-sekolah baik di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah atau universiti di Negeri Sarawak,

 

 Hasil carian imej untuk Festival Penulis-Penulis Sarawak 2017

Hasil carian imej untuk Festival Penulis-Penulis Sarawak 2017

Hasil carian imej untuk Festival Penulis-Penulis Sarawak 2017

 

 

Kepada

Ketua Menteri Sarawak Yang Berhormat Datuk Amar Abang Johari Tun Openg

 

Yang Berhormat,

Per: Majlis Malam Penulis Tahun 2017 Sarawak

Saya Yu Chin Liik, seorang penulis dari Sibu yang berumur 71 tahun, di sini ingin menyampaikan sepatah dua kata kepada Yang Berhormat.

  1. Ingin saya ucapkan terima kasih dan gembira atas jemputan kepada pihak penganjur Pustaka Negeri Sarawak kerana izinkan saya berpeluang menyaksikan Majlis Malam Penulis Tahun 2017 yang dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak di Dewan Pustaka Negeri Sarawak Kuching pada 19hb Mei 2017. Terima kasih dan izinkan saya menyaksikan dan menikmati ucapan terpesona yang bernasihat baik dan bergalakkan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Ketua Menteri Sarawak. Lagi pun memberikan peluang mas kepada para hadirin dan para penulis daripada pelbagai bangsa ini happy,bercampur-gaul, berbincang dan bermesyuarat di antara sama lain, bersaling memberi pikiran dan meluaskan pandangan para penils dlm. majlis malam ini supaya ciptaan masing-masing lebih bernas. Marilah kita bersama-sama mewarisi, mengemkangkan dan sumbangkan tenaga kita untuk kebudayaan yang berwarna-warni di Negeri Sarawak kita.
  2. Kita cintakan Negara kita dan cintakan Negeri Sarawak kita juga. Oleh itu untuk mempertahankan kesejahteraan dan kebahagiaan keturunan bangsa Sarawak kita, saya berpendapat Dewan Undangan Negeri Sarawak kita harus berbincang dan meluluskan usul mendirikan Jabatan Pendidikan dan Pelajaran di negeri Sarawak diri-sendiri dan berkuat-kuasa dengan secepat mungkin. Jabatan ini berkuasa menulis dan menyusun buku-buku teks yang sesuai dan boleh membayangkan fakta Sarawak dengan lengkap supaya diguna dlm. sekolah-sekolah baik di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah atau universiti di Negeri Sarawak, khususnya mata pelajaran sejarah dan geografi supaya semua orang Sarawak boleh memahami sejarah dan geografi Sarawak dengan lebih mendalam dan lengkap. Kita mahu murid-murid dlm. sekolah, pelajar-pelajar atau mahasiswa bukan sahaja wajib belajar dan lulus peperiksaan bahkan juga mesti mengambil bahagian aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh sekolah. Umpamanya mengadakan rombongan berkelah sambil belajar/mengkaji ke tempat bersejarah supaya mendidik dan memupuk perasaan cintakan Negara dan rakyat kita. Menggalakkan sekolah-sekolah dan masyarakat umum mengadakan aktiviti-aktiviti seperti mengarang, mencipta dan berlakon yang bertemakan sejarah, ilmu alam dan kebudayaan Sarawak supaya memupuk semangat salin hormat-menghormati di antara satu sama lain dlm. masyarakat yang berbilang kaum. Jabatan Penerangan dan pesiaran, Kementerian Belia, sukan dan Budaya, Jabatan RTM, TV, Lembaga pelancungan, Media Massa dan lain-lain autoriti harus sejajar dengan Kerajaan Negeri Sarawak melaksanakan dasar-dasar atau program-program untuk memupuk dan mencipta generasi muda yang baru yang berperasaan cintakan Negara kita dan nusa kita negeri Sarawak supaya Negara kita sentiasa dlm.keadan aman damai dan makmur, rakyatnya sentiasa hidup dlm. keadaan aman, sejahtera dan bahagia.
  3. Masih dlm.peringatan saya ucapan Yang berhormat dlm. memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak selama 100 hari ketika membuat kenyataan kpd. para wartawan dengan demikian bunyi: “ perbuatan rasuah akan mendatangkan lemah dan jatuh kpd. Kerajaan Negeri kita”. Oleh itu Yang Berhormat membimbing semua anggota kabinet Negeri Sarawak membuat deklarasi bersih. Saya sangat gembira dan berterima kasih pabila dengar Yang Berhormat berkata dengan gembira bahawa Yang Berhormat telah menjawat jawatan menteri selama lebih 30 tahun cukup menikmati gaji dlm. perbelanjaan keperluan harian dan kesayangan isteri Yang Berhormat sepanjang masanya tidak memakai pakaian dan barang-barang hiasan yang mewah. Yang Berhormat pun tahu cukup dengan kata demikian “mewah, harta benda tidak dapat dibawa ke akhirat. Visi Yang Berhormat adalah mendatangkan kesejahteraan dan kebahagiaan kepada rakyat kita dan berpendapatan cukup menikmati. Inilah cukup Yang Berhormat puas hati!”  Saya memang percayai kata-kata Yang Berhormat adalah benar dan betul. Kita fahami wang boleh tolong seseorang melepas dari miskin dan sengsara, namun terlalu banyak wang akan mendatangkan buruk akidah kepada seseorang insan jika tidak bersifat-sifat suci murni. Sebagai seorang tokoh politik dan pemimpin rakyat hanya direstui oleh-NYA dan izinkan Nya tidak self-ish boleh sumbangkan baktinya kepada rakyat dan Negara kita.
  4. Saya sokong dan bersetujui Yang Berhormat Ketua Menteri Sarawak yang dihormati mewarisi dan melaksanakan dasar-dasar dan agenda yang ditetapkan dan dibentangkan oleh bekas ketua menteri Sarawak Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem utk. menuntut kembali hak-hak autonomi yang dipunyai Negeri Sarawak. Saya juga fahami banyak perkara penting dan utama yang terbabit Negeri Sarawak kita tidak diwujudkan kerana Kerajaan Negeri Sarawak tidak mempunyai cukup kuasa dan cukup kuat utk. berjuang. Apa sebabnya? Kita fahami Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah banyak kali dipinda menyebabkan bahagian Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang terbabit telah ingkar dan menyeleweng daripada MA1963 yang telah nyata mempunyai perkara terlindung kedudukan Sarawak sama serata dengan kedudukan Sabah dan Persekutuan Tanah Malaya. Sekarang Sarawak telah diturunkan kepada salah satu Negeri daripada 13 buah negeri dlm. konsep Malaysia. Kita mempunyai fakta dan dokumen legal untuk membuktikannya. Repot Cobbod yang bertarikh 21hb Jun 1962 adalah satu repot tentang pungut suara rakyat Sarawak telah menyatakan bahawa: a) 2/3 penduduk dari Sarawak bersetujui masuk Persekutuan Malaysia dengan syarat menikmati perkara terlindung hak istimewa Sarawak. b) Penubuhan Persekutuan Malaysia mesti menurut syarat status komponen adalah rakan komponen sama serata bukan dijajah iaitu bermakna empat rakan komponen ini ( Singapura, Persekutuan Tanah Malaya, Sabah dan Sarawak ) sama serata dlm.konsep persekutuan Malaysia bukan wilayah dijajah oleh mana-mana satu rakan komponen. Jika seseorang pengadil yang jujur selepas menyemak dan mengkaji fakta sekarang akan mendapati selepas merdeka Sarawak dlm.54 tahun ini banyak perkara terlindung hak istimewa Sarawak bukan sahaja dipinda dari asalnya bahkan juga langsung dibatalkan. Oleh itu masyarakat umum dan kebanyakan penduduk-penduduk di Negeri Sarawak menyokong dan berharap Yang Berhormat Ketua Menteri Sarawak yang dihormati boleh maju ke depan dan terus-menerus membimbing orang Sarawak berjuang utk. kepentingan dan kebaikan demi genarasi yang akan datang.
  5. Yang Berhormat Ketua Menteri Sarawak yg. dihormati, dlm.peringatan saya bila saya menyertai kursus pertanian menanam cendawan pada September 1986 Yang Berhormat Ketua Menteri Sarawak yang dihormati memberi ucapan utk. menggalakkan pelajar-pelajar supaya rajin belajar sains dan tehnologi di bidang pertanian yang boleh membawa pendapatan lumayan dan sumbangkan tenaga diri-sendiri dlm. memodenisasikan Negara kita. Sekarang saya sangat gembira menyaksikan di bawah pimpinan Yang Berhormat jambatan sg. Kanowit telah dilancar kelulusan kenderaan lalu-lintas sebelum Hari Gawai. Jambatan ini akan memudahkan penduduk-penduduk di Rh. panjang menyertai projek pertanian, perhutanan dan membawa hasilan mereka ke pasar. Inilah satu pemulaan yang baik, saya berharap Yang Berhormat membawa banyak lagi projek ke kawasan sini.

Saya ingin menyatakan di sini peristiwa sejarah, fakta sekarang dan impian besuk hari kesemua ini boleh jadi bahan mencipta karangan sastera dan karangan sastera menggambarkan fakta masyarakat yang benar dan akan menjadi pelita kehidupan manusia dlm. masyarakat yang nyata. Saya sebagai seorang penulis yang berusia tingkat di sini ingin berharap Yang Berhormat yang dihormati boleh menyokong dan memberi garis panduan kpd. pentas sastera di Negeri Sarawak yang akan membawa dan harap mencipta sebuah masyarakat yang aman damai dan makmur di Negeri Sarawak.       

   Sekian dan salam bahagia  semoganya Yang Berhormat yang dihormati dan sekeluarga Yang Berhormat sentiasa dlm. keadaan sihat dan waras.

 

  Yang Ikhlas,

        Yu Chin Liik

  ( Seorang penulis dari Bandar Sibu)

  Yang bertarikh 19hb Mei 2017

  No. Tel: 0138348055   该邮件地址已受到反垃圾邮件插件保护。要显示它需要在浏览器中启用 JavaScript。