Kenyataan daripada Setiausaha Parti Bumi Kenyalang Bertarikh 17hb Ogos 2016 :Aktiviti kewangan ( financial activity ) merupakan kegiatan induk dalam bidang ekonomi namun kewangan di negeri Sarawak langsung dikontrol habis oleh pihak Persekutuan Tanah Melayu. Ini juga dianggap suatu fenomena yang melambang imej penjajah!
Bank Tempatan Perlu ada di Sarawak
Cadangan Persatuan Perniagaan dan Perdagangan China Sarawak bahawa bank tempatan perlu ditubuhkan di Negeri Sarawak memang disokong oleh Parti Bumi Kenyalang. Sejak tahun 1999 semua bank tempatan digabung dengan bank semenanjung Malaysia barat maka tiada ujudnya bank tempatan. Tindakan ini telah mengakibatkan perkembangan,perindustrian,pertanian,
perniagaan dan perdagangan di Negeri Sarawak menghadapi kesusahan dan kerumitan. Misalnya proses pinjaman di cawangan negeri Sarawak telah siap tetapi masih perlu menunggu kebenaran dan arahan daripada pusat di Bandar KL. Untuk memperuntukkan wang peruntukan kadang kala memakan masa 1-6 bulan baru dapat menerima wang peruntukan ini.
Jika Imbas kembali sebelum tahun 1999 kes pinjaman asalkan kompeni berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan itu boleh diluluskan dalam satu minggu dan kemudian dalam 15 hari wang pinjaman boleh dikeluarkan. Macam mana sekarang? Tempuh diluluskan 1-6 bulan dan menunggu wang pinjaman dikeluarkan buat masa 2 bulan, jadi kesemuanya perlu memakan masa 8 bulan. Boleh berfikir lagi jika berdagang atau menerima projek kontrak macam projek pembinaan bangunan, jalan raya atau membina jambatan dalam keadaan ini memang menghadapi masalah kewangan dan akhirnya projek ini terpaksa terbengkalai saja kerana tidak mampu menanggung kerugian ini. Kenapa pandai begitu? Pengurus di cawangan Sarawak tidak mendapat integriti daripada pihak pusat di KL. Justeru ini Parti Bumi Kenyalang menyeru pihak kerajaan negeri Sarawak memohon kepada Bank Negara boleh menimbang memberi kelulusan khas kepada Negeri Sarawak supaya boleh menubuhkan Bank Tempatan di Sarawak.
Aktiviti kewangan ( financial activity ) merupakan kegiatan induk dalam bidang ekonomi namun kewangan di negeri Sarawak langsung dikontrol habis oleh pihak Persekutuan Tanah Melayu. Ini juga dianggap suatu fenomena yang melambang imej penjajah!
Bukankah sepanjang masanya Negeri Sarawak diakui BN UMNO daan diibaratkan sebagai negeri tunjang belakang bagi BN UMNO demikian juga kewangan Sarawak (Financial Sarawak) pun langsung dikontrol oleh BN UMNO. Namun begitu kita dapati di Negeri Sarawak kekayaan sumber alam dirampas, kewangan, bidang ekonomi, kebudayaan dan pendidikan semua ini terkokong serupa zaman British. Ada apa yang tinggal kepada Negeri Sarawak? Itulah kita mahu menyemak perjanjian Malaysia ( MA63).
Sekian dan terima kasih.
Kenyataan daripada Setiausaha Parti Bumi Kenyalang
Bertarikh 17hb Ogos 2016

