Parti Bumi Kenyalang menganggap bahawa sekiranya Sarawak ingin perkembangan dan pembangunan dalam negeri kita haruslah mementingkan pembangunan infrastruktur asas seumpamanya lebuh raya, bangunan sekolah rendah dan menengah, klinik, perkhidmatan bekalan elektrik dan air paip yang bersih. Membatal GST diganti dengan cukai pendapatan lain, kurangkan kos barang-barangan konsumsi.
Kritikan Daripada Parti Bumi Kenyalang Terhadap Bajet 2018 Negeri Sarawak
(Penyataan Daripada Parti Bumi Kenyalang Sarawak)
Yang paling awal sekali ingin Parti Bumi Kenyalang Sarawak menyatakan bahawa jumlah amaun yang dilaporkan sejumlah 8.2 bilion 2,600 milion ringgit Malaysia oleh para surat akhabar tempatan, tidak sama dengan jumlah amaun sejumlah 5.7bilion ringgit Malaysia termasuk 2.4 bilion ringgit Malaysia untuk pengurusan dan 3.3 bilion ringgit Malaysia untuk pembangunan yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg. Mana yang betul sila para surat akhabar tempatan menjelaskan.
Parti PBK Sarawak sukacita menyatakan syabas bahawa 70% daripada bajet 2018 negeri Sarawak diperuntukkan untuk bidang pembangunan dan 30% diperuntukkan kepada bidang pengurusan. Jika dibandingkan dengan Bajet 2018 Malaysia bidang pembangunan hanya diperuntukkan 16% melainkan bidang pengurusan telah diperuntukkan sebanyak 84% daripada jumlah bajet 2018 Malaysia. Ini disebabkan oleh kerana pembangunan infrastruktur di Negeri Sarawak telah ketinggalan 20 tahun daripada Semenanjung Tanah Melayu. Negeri Sarawak mesti mementingkan pembangunan infrastruktur jika tidak akan mundur lagi.
Parti PBK Sarawak menganggap bahawa masalah negeri Sarawak sekarang ada dua: masalah hak autonomi dan penghidupan orang Sarawak. Jika nak menyentuh masalah hak autonomi kita perlu imbas kembali kepada MA1963, kita menegaskan Sarawak rakan berstatus setaraf dengan Semenanjung tanah Malaya dan Sabah dalam konsep Malaysia. Akan tetapi Kerajaan Persekutuan Malaysia telah menurunkan status rakan yang setaraf ini yang dimiliki oleh Sarawak dan Sabah kepada salah satu negeridaripada 13 buah negeri dalam konsep Malaysia dengan melalui secara pindaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Parlimen. Isu ini terlibat dalam kuasa sumber alam semulajadi dan kuasa maritim. Selama 54 tahun Kuasa Sarawak dan Sabah telah terkikis sedikit demi sedikit sehingga kini telah tercacat dan runtuh jadi jajahan Semenanjung Tanah Malaya.
Walau pun Sarawak kaya dengan sumber alam semula jadi tetapi ini bukan kuasa orang Sarawak. Ia telah dinyamun dan dirampas oleh kuasa-kuasa luar Sarawak. Contohnya pendapatan cukai minyak petroleum satu pertiga (1/3) pesen datang daripada Sarawak. Setiap tahun lebih kurang sumbangkan jasanya sebanyak 20 bilion ringgit Malaysia kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia akan tetapi hanya terpulang kepada Sarawak sejumlah 1.5 bilion ringgit Malaysia saja, Melainkan ada segelintir kumpulan yang berkuasa itu katakan ada sejumlah 3 bilion ringgit Malaysia kepada Sarawak. Kita fikir sekiranya hak autonomi dipegang dalam tangan orang Sarawak maka segala sunber alam semula jadi dan hak maritim dimiliki Sarawak dan kita berhak mengurus ekonomi dan kewangan kita. Kita berkuasa penuh tertumpu pada urusan perkembangan dan pembangunan negeri Sarawak kita.
Pada 13hb November 2017 Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg menegaskan bahawa pada masa akan datang Sarawak akan dipegang dalam tangan orang Sarawak tidak berharap bantuan dari luar, beliau juga menegaskan Sarawak tetap akan terus-menerus berjuang dan berbincang dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia tentang isu hak autonomi Sarawak di sisi undang-undang.
Parti PBK Sarawak memang bersetujui penjelasan daripada Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg tetapi kita berharap ini bukan penjelasan kerana pilihan raya.
Di sini Parti PBK Sarawak ingin memberitahu kepada Datuk Apanda kesilapan yang dibuat olehnya. Beliau seorang ketua Parlimen Malaysia telah menyatakan salah faham bahawa Sarawak bukan rakan serata dan tidak berstatus setaraf dengan Semenanjung Tanah Malaya melainkan adalah salah sebuah negeri daripada 13 buah negeri dalam konsep Malaysia. Kita ingin memberitahu Datuk Apanda bahawa ulasannya telah mengabaikan MA1963 dan menentang dengan fakta sejarah dan kesilapannya tidak boleh diterima oleh rakyat Sarawak dan Sabah. Parti PBK Sarawak berharap dan mengusulkan semua ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak dan ahli Parlimen daripada Sarawak bergabung untuk bercadangkan cadangan tidak beramanah dan kesilapan telah putar-belitkan fakta sejarah yang dibuat oleh Datuk Apanda. Di samping itu menggesa beliau mengambil balik ulasannya.
Kerajaan Persekutuan Malaysia mengambil banyak daripada Sarawak tetapi ganjaran daripada Kerajaan Persekutuan Malaysia cuma sedikit saja. Dalam Bajet 2018 Malaysia hanya 3% diperuntukkan kepada Sarawak. Walau bagaimana pun dalam Bajet 2018 Negeri Sarawak ada 70% peruntukan diperuntuk dalam bidang pembangunan tetapi gerangannya ada berapa persen yang betul-betul digunakan untuk kebaikan dan kebajikan rakyat jelata Sarawak. Jika menurut pengalaman dahulu peruntukan dalam Bajet hanya menggemukkan segelintir kumpulan yang berkuasa dan kumpulan kroni mereka. Ini disebabkan sifat-sifat budaya korupsi dan penyelewengan dan membolos dalam pentadbiran dibenarkan dalam Negara kita. Sudah 54 tahun penduduk-penduduk di kawasan pedalaman tidak menikmati kebaikan dan kebajikan yang diperuntukkan kepada mereka, khususnya ada 30% orang penduduk di kawasan pedalaman sudah merdeka selama 54 tahun masih belum menikmati kebaikan pembangunan infrastruktur seperti perkhidmatan jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air bersih daripada paip, dan perkhidmatan kesihatan dan perubatan daripada klinik luar Bandar.
Parti PBK Sarawak menganggap bahawa sekiranya Sarawak ingin perkembangan dan pembangunan dalam negeri kita haruslah mementingkan pembangunan infrastruktur asas seumpamanya lebuh raya, bangunan sekolah rendah dan menengah, klinik, perkhidmatan bekalan elektrik dan air paip yang bersih. Membatal GST diganti dengan cukai pendapatan lain, kurangkan kos barang-barangan konsumsi.
Dalam bidang pembinaan Lebuh raya kita perlu pentingkan Lebuh raya Pan Borneo yang boleh menghubungi Negeri Sabah dan Sarawak. Kali ini dalam Bajet 2018 Kerajaan Persekutuan Malaysia cuma memperuntukkan 2 bilion ringgit Malaysia saja kepada projek Pan Borneo yang begitu hebat ini memang tidak mencukupi dan disangka dapat siap projek ini dalan tempuh masanya pada tahun 2025.
Dalam pembangunan infrastruktur bangunan sekolah, kini dalam Sarawak sebanyak 1020 buah sekolah bangunannya telah terlalu lama dan runtuh perlu diperbaiki. Namun peruntukan dalam Bajet 2018 Kerajaan Persekutuan Malaysia hanya 1 bilion ringgit Malaysia diperuntukkan kepada negeri Sarawak yang cuma mencukupi perbelanjaan projek repair untuk 110 buah bangunan sekolah sahaja. Yang lain masih ada 910 buah sekolah bangunannya terbiar di sana macam manakah?
Dalam bidang perubatan dan kesihatan, Hospital umum dan klinik-klinik kesihatan jauh kurang daripada permintaan pesakit-pesakit di negeri Sarawak, selain daripada itu peruntukan ubat-ubat pun tidak mencukupi terpaksa pesakit-pesakit harus belanja di luar Hospital umum atau klinik-klinik kerajaan.
Sarawak nak membina rel LRT dan memperuntukkan sejumlah 0.7 bilion ringgit Malaysia untuk projek strategi digital ekonomi di Sarawak. Kita menganggap bahawa ekonomi dan modal-modal di Negeri Sarawak tidak mencukupi permintaan projek ini. Kita lebih baik mendahului projek pembangunan infrastruktur seperti bekalan air paip bersih,bekalan elektrik dan bekalan tali telefon yang boleh manfaatkan penduduk-penduduk di kawasan pedalaman. Kurangkan kos bayaran elektrik dan cukai internet dan tambahkan tali internet di kawasan Bandar dan luar Bandar dilebih-dahulukan.
Kesimpulannya Parti PBK Sarawak bercadang Bajet 2018 negeri Sarawak harus mendahului menyelesaikan urusan hak autonomi Sarawak dan penghidupan rakyat Sarawak.
Sekian dan terima kasih.
Penyataan Daripada Setiausaha Parti Bumi Kenyalang Sarawak
( yang bertarikh 16hb November 2017)

