Program Dua Kelas Berjalan Sekali ini yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Malaysia disyaki bertujuan untuk menutup lebih banyak sekolah model kecil jenis kebangsaan cina. Parti Bumi Kenyalang menganggap program yang dijalankan itu bukan suatu program bertujuan untuk memajukan pelajaran dan pendidikan di Sarawak.
Program Dua Kelas Berjalan Sekali Tidak digalakkan Dalam Sekolah Model Kecil Yang Berbilangan Murid Di bawah 30 Orang
(Penyataan Daripada Parti Bumi Kenyalang Sarawak Cawangan Lanang Sibu dan Sarikei)
Program dua kelas berjalan sekali dlm. sekolah model kecil yang berbilangan pelajar di bawah 30 orang ini diumumkan akan dijalankan itu oleh Kementerian Pelajaran dan
Pendidikan Malaysia telah diperhatian oleh pihak masyarakat umum. 94 buah sekolah jenis kebangsaan cina semua belaka langsung tidak setujui program ini dijalankan.. Akan tetapi berita daripada Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Malaysia ada 7 buah sekolah jenis
kebangsaan cina bersetujui program ini.
Pada hakikatnya jika mengikut program ini masa persekolahan akan dikurangkan setengah kerana dua kelas berjalan sekali dalam tempuh masa sama satu yang dipegang oleh seorang
guru. Ini bermakna seorang guru perlu membahagi masanya tumpuh perhatian kepada
dua kelas berlainan dalam satu period masa yang sama. Jadi jika guru tumpuh masa mengajar kelas A maka kelas B dilalaikan atau sebaleknya jika tumpu perhatian pada B maka A akan dilalaikan. Jadi pelbagai kerumitan akan timbul dalam dua kelas yang berlainan ini dalan sama satu masa,ini akan mengakibatkan murid-murid tidak berminat belajar dan akan mengalami kerugian teruk dalam masa persekolahan.
Khususnya dalam kebelakangan ini jumlah pelajar bumi putra mengerumuni sekolah jenis kebangsaan cina, seorang guru perlu membahagi masanya 15 minit +15 minit dalam satu period masa 30 minit diperuntukkan kepada dua kelas berlainan dan berlainan murid
daripada berlainan etnik. Memandang kepada nak memegang bahasa bukan bahasa
ibunda di samping itu nak belajar ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran yang wajib
lulus ini akan timbul pelbagai kesusahan dan kerumitan bagi seorang guru dan
juga sama bagi seorang murid.
Jika Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Malaysia mesti menjalankan program ini akan terpaksa ibubapa-ibubapa mereka akan menyekolahkan anak-anak mereka ke sekolah di kawasan lebih jauh daripada kampung halaman mereka kerana tidak ingin lihat hal-hal kerumitan dan kerugian perlu ditanggung oleh seorang budak kecil.
Program ini yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Malaysia disyaki bertujuan untuk menutup lebih banyak sekolah model kecil jenis kebangsaan cina. Parti Bumi
Kenyalang Sarawak menganggap program yang dijalankan itu bukan suatu program bertujuan untuk memajukan pelajaran dan pendidikan di Sarawak. Parti Bumi Kenyalang Sarawak bercadang ahli-ahli Parlimen daripada Sarawak akan mengesyorkan usul ini ke Dewan Parlimen yang akan diadakan. Dan menyeru Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Malaysia akan berhenti dan membatalkan program ini.
Sekian dan terima
kasih.
Penyataan daripada
Parti Bumi Kenyalang Sarawak Cawangan Lanang Sibu dan Sarikei
(yang bertarikh 6hb Jan. 2018)

