
肯雅兰全民党发表马来文文告《PBK Menyokong Perjuangan Hak Ketentuan Diri Untuk Negeri Sarawak》坚决支持砂拉越人民要求的自决权!PBK 强烈呼吁砂拉越首席部长阿迪南为首的政府尽快地成立跨政府的包括朝野各党、各领域专家组成的委员会, 同联邦中央政府定期谈判, 杜绝私下交易或空喊主权。
PBK Menyokong Perjuangan Hak Ketentuan Diri Untuk Negeri Sarawak
Sejak Malaysia ditubuhkan hingga sekarang selama 53 tahun(1963-2016) Negeri Sarawak telah banyak menyumbangkan yang dianggap bernilai berbilion-bilion ringgit dengan secara pendapatan dari sumber alam dan dari pelbagai cukai. Nanum demikian Negeri Sarawak telah melucut dalan lembap yang paling miskin dan susah dalam Malaysia. Jika berbanding dengan Semenanjung Malaysia Negeri Sarawak sekurang-kurangnya ada 20 hingga 30 tahun mundur daripada Semenanjung Malaysia. Lagi pun jarak perbezaan ini semakin meningkat.
Pertama Sarawak telah diturunkan standard sebagai Negara, kini bukan sebuah Negara lagi,Cuma merupakan salah satu negeri daripada 13 buah negeri dalam Malaysia. Kerana pindaan Perlembagaan Persekutuan maka autoriti Sarawak telah terkikis sedikit demi sedikit,tidak diinsaf oleh masyarakat umum. Sebenarnya autoriti Sarawak dalam banyak bidang tidak diturun kepada Sarawak walau pun 53 tahun dalam Malaysia. Bukankah Kerajaan Persekutuan Malaysia telah ingkar konsep Penggabungjalinan Malaysia?
Dalam bidang pembangunan infrastruktur jalan raya yang menghubungi Bandar dengan Bandar,Bandar dengan luar Bandar atau kampung dengan kampung selain daripada tidak mencukupi lagi pun tidak mencapai ke tahap keselamatannya. Setiap tahun direpot berlaku kes kemalangan lalulintas beribu, ratus orang awam tertewas dan ribuan kenderaan kondem kerana kemalangan lalulintas. Bangunan sekolah telah lapuk dan bocor akan tetapi wang peruntukan tidak datang. Pada bidang kesihatan dan perubatan selain daripada rumah sakit dan klinik tidak mencukupi,kakitangan perubatan pun kekurangan. Lagi pun kebolehan untuk merawat dan mengubati pun tidak mencapai ke tahapnya. Di kawasan luar Bandar dan pendalaman tidak menpunyai bekalan air mimunan bersih dan bekalan elektrik. Air sungai sumber air mimunan di kawasan pendalaman dicemari kerana penerokaan kayu balak untuk di eksport. Cara penghidupan di luar Bandar dan kawasan pendalaman masih tinggal pada tahap tradisi terpaksalah mereka, khasnya golongan pemuda-pemudi berhijrah ke Bandar, jatuh ke lembap menjadi kuli,bertumpang di setinggan atau menyewa satu unit di rumah rakyat untuk menyambung kehidupan mereka. Di Bandar kos saran melambung tinggi kerana GST.
Di bidang harta tanah, golongan tertentu bersekongkol dengan pihak berkuasa kontrak semua hutan rimba, kayu kayan dan harta tanah. Harta tanah (state Land) dijual murah kepada kroni,kemudian oleh golongan kroni itu menjual lagi dengan harga melambung tinggi beribu-ribu lipat ganda. Sehingga tanah bumiputra (NCR) pun direbut, dicerobohi atau ditipu oleh pihak tertentu kerana penamaman pokok kelapa sawit. Hutan rimba asli dan hutan rimba perlindungan pun tidak lari dari dicuri, dirampas kayu-kayannya. Suasana alam semula jadi untuk hidupan dalam hutan rimba di rosak dan dimusnahkan. Bagaimanakah Negeri Sarawak kita pada masa akan datang?
Di bidang komoditi,perniagaan dan perdagangan dimonopoli oleh kumpulan semenanjung Malaysia. Bahan-bahan pembinaan seperti besi waja,semen dan sebagainya kebanyakan impot dari Semenanjung Malaysia. Ini bukan buatan Malaysia,kenapa kita tidak boleh direct import dari Negara penghasilan. Kerana monopoli mengakibatkan harga rumah Cuma ada naik tiada turun, itulah sebabnya sekarang generasi muda yang bekerja tidak mampu memiliki rumah kediaman diri sendiri. Bank-bank temptan dihapuskan kerana terpaksa bergabung dengan bank dari semenanjung Malaysia kerana undang-undang terbabit dikuatkuasakan. Jadi perniaga tempatan akan menghadapi pelbagai kerumitan dalam proses perniagaan.
Di perairan Sarawak difahami minyak dan gas petroleum akan kontang pada 10 tahun akan datang, akan tetapi perairan di Sarawak jika di luar jarak sejuah 3 Nautical Mile semua kuasa penerokaan terpulang kepada Kerajaan persekutuan bukan kerajaan negeri Sarawak. Ini bermakna segala kekayaan sumber alam di Sarawak baik di laut dan di darat dikelola oleh Kerajaan Persekutuan. Bukankah ini bermaksud Kerajaan Persekutuan meresap segala keuntungan dan kekayaan Negeri Sarawak, akan tetapi mereka champion pada cara pengelolaan kurang tepat, rasuah, salah guna kuasa, boros dan sebagainya telah mengakibatkan deficit kewangan Nagara beribu-ribu billion ringgit. Siapakah akan menanggung hutang-piutang ini? Inilah GST dikuatkuasakan! Untuk menampung ketirisan kewangan Negara ini. Jika bukan kerana kekayaan sumber alam semulajadi di Negeri Sabah dan Sarawak mungkin Kerajaan Persekutuan akan bankrap!
Kerajaan Persekutuan telah lama mengabaikan hak-hak rakyat Negeri Sarawak.
Kes-kes yang merosak, mengacau atau mencuai hak-hak rakyat Negeri Sarawak berlaku satu demi satu. Isi kandungan berkenaan dengan sejarah Sarawak dalam buku teks sejarah yang digunakan dalam sekolah rendah atau menengah sengaja diputarbelitkan atau langsung tidak tercatit dalam Buku teks tersebut. Penduduk-penduduk yang turun-temurun bermastautin di kawasan pendalaman, hairanlah! tidak mempunyai MY KAD. Hilang hak-hak asasi! Anggota-anggota polis, pasukan tentera, kakitangan-kakitangan perkhidmatan awam boleh berdaftar sebagai pengundi di Negeri Sarawak. Inilah suatu kes yang serius yang telah ingkar undang-undang dan merosakkan hak-hak rakyat Sarawak. Kami Parti Bumi Kenyalang tetap membantah apa yang merosakkan hak-hak asasi rakyat Sarawak dan menyokong perjuangan menuntut Hak Autoriti dan Hak Ketentuan Diri bagi Negeri Sarawak.
Sesiapa yang bercita-cita bersama dengan parti kami, Parti kami mengalu-alukan mereka menyertai kumpulan kita. Parti kami bersedia berjuang bersama-sama dengan Parti Pembangkang, parti-parti dalam BN, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, individu-individu untuk mencapai tujuan bersama ini.
Parti Bumi Kenyalang menyeru dan mendesak Kerajaan Negeri Sarawak yang di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Adenan Setam dengan secepat mungkin menubuhkan suatu Jawatankuasa Khas yang berahli-ahlinya termasuk wakil daripada Parti bukan BN, oganisasi bukan kerajaan, pakar-pakar termasuk pakar-pakar sejarah, Untuk mengurus perkara ini.
Sekian dan terima kasih !
Dari Setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti Bumi Kenyalang
Yang bertarikh 28hb Mei 2016

