Parti Bumi Kenyalang menganggap peristiwa yang berlaku di pentas politik Sabah bukan suatu kekecewaaan tetapi ia akan mendorong semua parti politik baik parti tempatan atau parti Semenanjung Persekutuan Tanah Melayu yang telah masuk ke Sabah harus membuat pertimbangan semula Demi perkembangan politik di Sabah dan Sarawak atau pun di Semenanjung Persekutuan Tanah Melayu.
Pentas politik di Sabah membawa suasana baru
Baru-baru ini, pemimpin daripada Parti Pakatan Rakyat telah mengumumkan bahawa mereka akan keluar parti. Maklumat juga menjelaskan bahawa 7 daripada 16 orang pimpinan DAP di cawangan peringkat negeri telah keluar Parti mereka. Tindakan ini merupakan peristiwa mengecut yang berlaku pada Parti Pembangkang dan akan mengakibatkan barisan pembangkang berubah dan disusun semula.
Maklumat daripada pihak berkenaan menyatakan bahawa prmimpin politik daripada parti masing-masing akan mengikut bekas timbalan pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang menubuhkan satu Parti pembangkang yang gagah dan teguh untuk bertanding dengan Barisan Nasional UMNO.
Berkaitan dengan peristiwa ini ada pelbagai Ungkapan telah digunakan untuk memerihalkan peristiwa ini, seperti “katak politik”, “pengkhianat”, sehingga ada yang mengatakan seperti kacang lupakan kulitnya. Parti Bumi Kenyalang menganggap bahawa perbuatan mereka ini sepatutnya dihormati dan tidak sesuai dianggap sebagai katak politik,pengkhianat atau kacang lupakan kulitnya kerana perbuatan mereka tidak mengabaikan kebajikan dan kepentingan rakyat jelata. Mereka masih dalam barisan yang menentang BNUMNO cuma mereka mahu menubuhkan satu parti yang bersifat tempatan yang sesuai dengan keperluan perjuangan politik.
Boleh dipastikan bahawa sebarang parti baik di Negeri Sabah, Sarawak ataupun di Semenanjung Persekutuan Tanah Melayu. jika parti itu di bawah pimpinan BNUMNO memang tidak menepati prinsip berkhidmat untuk rakyat Kerala kumpulan parti-parti di bawah pimpinan BNUMNO ini berada dalam golongan pemerintahan yang bertindak menindas dan memeras rakyat.
Berikutan dengan perkembangan politk, fikiran rakyat di Sabah dan Sarawak semakin mantap dan berfahaman untuk mempertahankan hak-hak autonomi di Sabah dan Sarawak. Mereka mengenal parti-parti yang datang dari luar negeri itu mempunyai batasan dan kesukaran untuk berjuang “menuntut kembali hak-hak autonomi di sabah dan Sarawak”. Jadi mereka lebih memilih parti tempatan daripada parti yang datang dari luar negeri kerana parti tempatan lebih sesuai dalam perjuangan mereka. Jika pilihan dan fahaman mereka dianggap sebagai “politik kewilayahan atau politik rasisme” memang salah dan ada maksud yang sengaja diputarbelitkan.
Pengerusi Pakatan Rakyat Cik Wan Aziza telah menerangkan bahawa pilihan YB encik Rakin melepaskan diri daripada parti Pakatan Rakyat memang tidak sesuai dan diterima oleh parti mereka. Akan tetapi dia memahami kesusahan YB encik Rakin dan hak-hak autonomi Sabah dan Sarawak. Beliau berharap parti-parti pembangkang di negeri Sabah harus be kerjasama dan bergabung menjadi sebuah parti yang teguh untuk menentang BNUMNO pada pilihan raya akan datang.
Cik Wan Aziza berpendapat bahawa pimpinan dan ahli-ahli daripada parti Pakatan Rakyat tidak seperti segelintir kata orang “katak politik atau pengkhianat”. Beliau percaya mereka berdiri teguh pada pihak rakyat jelata di negeri Sabah dan berpandangan jauh dan berhasrat tinggi.
Kami percaya bahawa berlandaskan mauduk “tuntutkan kembali hak-hak autonomi Sabah”, pemimpin parti ini akan mempunyai fikiran dan tujuan yang luar daripada dugaan kita. Oleh itu mereka memilih cara yang lebih baik dan reform suatu parti yang boleh lmewakili kepentingan rakyat. Parti Bumi Kenyalang berharap agar parti baru ini boleh menjalinkan hubungan yang baik dan bekerja-sama dengan Pakatan khususnya pada pilihan raya yang akan datang.
Parti Bumi Kenyalang menganggap peristiwa yang berlaku di pentas politik Sabah bukan suatu kekecewaaan tetapi ia akan mendorong semua parti politik baik parti tempatan atau parti Semenanjung Persekutuan Tanah Melayu yang telah masuk ke Sabah harus membuat pertimbangan semula Demi perkembangan politik di Sabah dan Sarawak atau pun di Semenanjung Persekutuan Tanah Melayu.
Sekian dan terima kasih.
Kenyataan daripada setiausaha Parti Bumi Kenyalang
Yang bertarikh 10hb Oktober 2016

