
Kenyataan daripada Parti Bumi Kenyalang cawangan Lanang Sibu yang bertarikh 20hb November 2016: 《Ketua dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak Hendak Tuntutkan Balik Hak-Hak Autonomi Sarawak》
Kenyataan daripada Parti Bumi Kenyalang cawangan Lanang Sibu yang bertarikh 20hb November 2016:


Ketua dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak Hendak Tuntutkan Balik Hak-Hak Autonomi Sarawak
Tidak lama dahulu Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pernah banyak kali membuat keterangan bahawa beliau akan menyarankan usul dan meluluskan resolusi untuk menuntut hak-hak autonomi Sarawak seperti yang termaktub di dalam perjanjian Malaysia (MA63) kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan diadakan pada November 2016 akan datang. Semua ahli-ahli dewan undangan negeri Sarawak dan rakyat Sarawak berasa sangat gembira dan berjanji akan berdiri teguh di belakang Ketua Menteri Sarawak untuk menyokong tindakannya.
Namun sungguh hairan, pada 18hb November 2016 Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah membuat kenyataan pada sidang media akan batalkan usulnya melainkan mengambil keputusan Bahawa “beliau percaya kepada rundingan bukan konfrontasi” kerana Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Nazib Razak melaporkan di media di Kota Kinabalu Sabah bahawa beliau bersedia berbincangkan MA63 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia sekiranya ia telah disalah tafsir. Semua pihak di negeri Sarawak berasa sungguh kecewa kerana percakapan Ketua Menteri Sarawak.
Masih dalam peringatan kita kagi sebelum pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak diadakan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem membuat komitmen kepada umum akan menyarankan usul dan diluluskan resolusi untuk menuntut peningkatan cukai teroka minyak mentah petrol sebanyak 20% kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Pada masa itu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Nazib Razak pun komited “boleh berbincang” fasal hal ini. Akan tetapi selepas pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak BN telah menang majoriti besar, cuma sepatah perkataan daripada Perdana Menteri Malaysia sahaja iaitu “ sekarang harga minyak global muram, tidak sesuai berbincang lagi (fasal peningkatan cukai teroka minyak mentah petrol)”. Ketua Menteri Sarawak kita pun diam saja! Kenapa begitu? Mungkin Ketua Menteri kita sudah lupakah!
Usul untuk diluluskan resolusi menuntut balik hak Sarawak dalam MA63 memang logik bukan konfrontasi
Melalui cara diluluskan usul untuk resolusi menuntut balik hak Sarawak seperti termaktub dalam MA63 pada sidang Dewan Undangan Sarawak adalah logik dan mengikuti di sisi undang-undang Negeri Sarawak kerana Dewan Undangan Negeri Sarawak merupakan organisasi pentadbiran yang paling tertinggi dalam negeri Sarawak yang boleh menyampaikan suara rakyat dan hasrat rakyat Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia. Sekiranya Kerajaan Persekutuan Malaysia berikhlas dan jujur haruslah menyarankan usul Kerajaan Negeri Sarawak ini kepada sidang Parlimen persekutuan Malaysia dan membuat agenda dan jadual untuk berbincang perkara ini. Bukan pandangnya sebagai “unsur konfrontasi”.
Melainkan sekiranya Kerajaan Negeri Sarawak tidak menyarakan usul ini Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem seorang individu akan beralaskan apa faktor berbincang dengan Perdana Menteri Malaysia. Masalah menuntut hak Sarawak seperti termaktub dalam MA63 bukan suatu perkara individu, ia melibatkan hubung-kait antara Kerajaan Persekutuan Malaysia dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan berhubung-kait seluruh Malaysia termasuk Persekutuan Tanah Malaya, Sabah( North Borneo) dan Sarawak. Jika diizinkan Perdana Menteri berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak secara individu boleh dikatakan tidak halal di sisi undang-undang.
Meski pun Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Nazib Razak sudah melaporkan pada sidang media di Kota Kinabalu Sabah bersedia membincangkan MA63 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia sekiranya ia telah disalah tafsir maka Ketua Menteri Sarawak kita tidak perlu diajukkan “konfrontasi” lagi.
Selama 53 tahun khususnya pada tahun 1976 pindaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia selain menurunkan Sabah dan Sarawak daripada berstatus sama serata dengan Persekutuan Tanah Malaya kepada berstatus Negeri iaitu merupakan salah satu negeri di antara 13 negeri dalam konsep Persekutuan Malaysia, kita Sarawak telah hilang banyak hak-hak autonomi dalam bidang ekonomi dan kewangan, pelajaran dan pendidikan, dan bidang maritim. Sekiranya menyarankan usul dan dilulus resolusi untuk menuntut balak hak Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63 langsung tidak berkait dengan “konfrontasi”, kerana Perdana Menteri telah menerangkan maksudnya.
Parti Bumi Kenyalang Cawangan Lanang, Sibu di sini dengan tegas menyeru dan menggesa Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan semua ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak jangan membatalkan mengesyorkan usul dan dilulus resolusi untuk menuntut hak Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63 kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia. Parti Bumi Kenyalang berharap mereka boleh memegang teguh akan hasrat mereka, jangan lupa inilah suara rakyat dan keinginan rakyat dan janganlah mengecewakan semua Sarawakians.
Sekian dan terima kasih.
Kenyataan daripada Parti Bumi Kenyalang cawangan Lanang Sibu
(yang bertarikh 20hb November 2016)
肯雅兰党南兰区部11月20日文告 :
砂立法议会首长和议员要坚决提呈“动议” 为民请命索回主权
前些時,砂拉越首長阿德南曾多次表示,要在十一月召开的立法议会提呈动议,向联邦政府索回主权.朝野政党一致表示支持首長的决定,全砂人民也欢欣鼓舞,願作首長的坚强后盾.
不料, 十八日首長突然宣佈取消动议,理由是首相纳吉在沙巴表示“願意商讨疑被错误詮釋的马来西亚契约和联邦宪法”……并宣称“与其正面冲突,不如友好协商”……这犹如在全砂支持首長索回主权的人民头上澆下一盆冰水.
人们记忆犹新,砂拉越立法议会选前,首長信誓旦旦,并经州议会通过,要向联邦争取二十巴仙石油天然气开採税,当時首相纳吉也曾应允“可以协商”.可是,砂立法议会选举,国陣大胜后,却因纳吉首相一句话“油價低迷,不宜再提”(开採税)。从那以后,首長阿德南也闭口不提提高石油税收的课题.是首長忘了吗?
动议合法合理 何来“正面冲突”?
通过立法会议提呈动议,是索回主权的合法,合理的途俓,立法议会是砂拉越政府最高行政机構,提出动议,才能证明砂拉越政府和人民索回主权的願望和决心。为什么会是“正面冲突”?联邦政府如有诚意,理应根据砂拉越政府提出的动议,定出時间表,在国会进行商讨,而不应該視为“正面冲突”。
相反的,如果砂拉越政府没提出动议,首長个人又根据什么与纳吉首相协商?索回主权,是关系到联邦政府与砂拉越政府的大事,关糸到全马(包括马耒亞、砂拉越、沙巴)人民的大事,怎能仅由首長个人与首相个人私底下“协商” 。
从索回砂主权一拖再拖的事态之中,首相纳吉“願意商讨疑被错误詮釋的马来西亚契约……”,既然首相都愿意了,索回砂主权的动议,就更没理由被冠以“正面冲突”了。五十三年耒,联邦国会数以百计项次的修宪,包括1976年将砂拉越从参组马耒西亞时同等伙伴邦的地位降为十三州之一的地位,砂拉越失去大量的经济、教育、领海…… 等的主权,这诸多自主权的流失,早已是白纸黑字的事实,砂立法议会提呈动议,要“商讨疑被错误詮釋”…的宪法,正是顺应首相的申明,何来“正面冲突”?
肯雅兰党南兰区部强烈要求首長和砂立法议会里的朝野立法议员们,不应取消在立法会议上的索回砂主权的动议,而应回复初心,要顺应民意坚决提呈动议。人民代议士就是要为民请命,要坚定不移带领砂拉越人民索回主权,这也是砂国阵政府和首长实现对选民的承诺,千万不要令选民失望了!
肯雅兰全民党南兰区部
发布於2016年11月20日