Kami Parti Bumi Kenyalang Sarawak berikrar sudi bekerja-sama dengan semua pihak baik dari kerajaan atau non-kerajaan, bergabung dengan pihak-pihak dlm. Sarawak atau luar Sarawak, untuk berjuang bersama-sama supaya mencapaikan matlamat kami.
Deklarasi Parti Bumi Kenyalang Sarawak Untuk Pilihan-raya Umum ke-14
( Diumumkan pada 28hb April 2018 )
Parti PBK ditubuhkan oleh pelbagai etnik, berjuang untuk mencapaikan dan mempertahankan hak-hak autonomi Sarawak. Berusaha mencapai tujuan pembahagian dengan adil dan saksama, yang bijaksana mengelolakan Negara kita.
10 matlamat untuk hak-hak autonomi Sarawak :
1. Berhak autonomi dalam pentadbiran, hak-hak ini dikeseluruh-rakyatan.
2. Hak-hak autonomi di bidang ekonomi dan kewangan:
Mendirikan bank-bank perusahaan dan perniagaan tempatan untuk membangunkan dan memperkembangkan perusahaan, perniagaan dan pertanian.
Hak-hak autonomi di bidang perdagangan dan perniagaan: direct import dan export termasuk pengangkutan kapal dan aircraft dari atau ke luar Negara supaya melepaskan kongkongan daripada pemerasan penjajah Persekutuan Tanah Malaya.
3. Hak-hak autonomi penerokaan galian dan bahan-bahan semula-jadi,
khususnya minyak petrol, gas petroleum dan galian-galian perlombongan. Semua tender meneroka bahan-bahan semula-jadi mesti membuka kepada kontraktor yang berkelayakan.
Batalkan akta maritim Sabah dan Sarawak 2012. Lingkungan perairan Sabah dan Sarawak ditetapkan oleh Sabah dan Sarawak diri-sendiri dan berhak menimati hak-hak ekonomi di lingkungan perairan di bawah undang-undang international.
4.Hak-hak autonomi perjalanan dan pengangkutan darat, angkasa lepas dan perairan.
Menubuhkan syarikat airline tempatan dan pusat airline international, membuka direct line berhubung dengan negara antarabangsa. Mendirikan pelabuhan bebas di Sarawak.
5. Hak autonomi pelajaran dan pendidikan.
Etnik-etnik di Sarawak masing-masing berhak gunakan bahasa ibunda diri-sendiri sebagai bahasa perantaraan di sekolah rendah. Berhak gunakan sejarah dan geografi tempatan sebagai bahan-bahan pengajaran dlm. mata-pelajaran sejarah dan geografi.’
6. Hak autonomi kebudayaan.
Dirikan stesen radio dan televisyen tempatan. Siaran berita dan hiburan mempertempatankan yang digemari oleh pelbagai kaum Sarawak.
7. Hak autonomi kepercayaan dan agama.
Pelbagai etnik berhak bebas beragama dan berkepercayaan.
8. Menolong dan membantu kumpulan lemah di kalangan pelbagai etnik Sarawak.
Mewujudkan peladang berladang, penghuni berkediaman, kanak-kanak disekolahkan, tiap-tiap orang ada pekerjaan, menuju ke hala bersama-sama menikmati kemewahan Negara kita.
9. Berhak autonomi mengurus sistem perubatan dan kesihatan.
10. Berhak autonomi mengurus urusan pembangunan dan perkembangan Sarawak.
Kami Parti Bumi Kenyalang Sarawak berikrar sudi bekerja-sama dengan semua pihak baik dari kerajaan atau non-kerajaan, bergabung dengan pihak-pihak dlm. Sarawak atau luar Sarawak untuk berjuang bersama-sama supaya mencapaikan matlamat kami.

